LATIHAN 1( JAWAPAN)

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1. Encik Azmi melarang anaknya bergaul dengan budak-budak yang nakal itu.
    A. bergaul
    B. bersalam
    C. bertanya
    D. berdebat

2. Kebanyakan penduduk di kampung saya buta huruf dan tidak berpelajaran tinggi.
    A. berkulit
    B. bermata
    C. berpelajaran
    D. berhidung

3. Datuk Omar masih boleh membaca perkataan-perkataan yang berhuruf kecil itu.
    A. berbaca
    B. berwarna
    C. berhuruf
    D. berbuku

4. Lelaki yang bertongkat dan bermisai tebal itu ialah bekas pengawai polis yang dihormati       ramai.
    A. bermisai
    B. berjanggut
    C. bersikat
    D. bergigi

5. pelajar-pelajar Tingkatan Satu Cempaka berdiri tegak apabila Cikgu Jasni masuk ke      dalam kelas.
    A. berjalan
    B. berbaris
    C. bersusun
    D. berdiri

6. Adrian sering membawa isteri dan anak-anaknya bersiar-siar di tepi pantai pada hari      
    minggu.
    A. berlari
    B. bermain
    C. berjalan
    D. bersiar-siar

7. Kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia supaya berjimat cermat dan tidak boros      
     berbelanja untuk mengelakkan berlakunya inflasi.
    A. bersikap
    B. berjimat
    C. berwang
    D. berbuat

8. Encik Hakimi bercadang hendak menghantar beberapa orang kakitangannya berkursus      di luar negeri untuk meningkatkan lagi produktiviti syarikatnya.
    A. berlatih
    B. bercadang
    C. berdiam
    D. berlanggar

9. Surat yang dikirim oleh sahabat penanya dan Indonesia belum berbalas lagi.
    A. berbalas
    B. bersoal
    C. berbuka
    D. bersusun

10. Mariati bersimpati dengan nasib yang menimpa penghuni asrama perempuan itu apabila         asrama mereka hangus terbakar.
    A. berenam
    B. bersimpati
    C. bergaduh
    D. bermewah