Make your own free website on Tripod.com

LATIHAN 2 (JAWAPAN)

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan perkataan yang sesuai.

1. Pokok mangga yang ditanam di belakang rumah Pak Seman berdaun merah.
2. Salimah berbaring di atas katilnya sambil membaca surat khabar.
3. Puan Nooraini berbaju kebaya ke majlis perkhawinan anak perempuan Datuk

    Anwar.
4. Penyanyi yang bersuara merdu itu berjaya memikat hati ribuan penonton yang

    menyaksikan persembahan di Stadium Negara.
5. Nenek Halijah bercerita kepada cucu-cucunya hingga larut malam.
6. Kami bertiga telah terpilih sebagai wakil sekolah dalam pertandingan

    perbahasan peringatan sekolah-sekolah.
7. Encik Shamsuddin melarang anaknya memetik pokok mawar yang baru 

    berbunga itu.
8. Tiap-tiap hari Johari berbasikal ke kebun getahnya yang terletak di hujung

    kampung.
9. Seluar pendeknya yang koyak itu belum berjahit .
10. Kedua-dua orang adik-beradik itu asyik berkelahi seperti anjing dengan

      kucing.      

bersuara berdaun berbunga berbasikal bertiga
berjahit berbaju berbaring berkelahi bercerita