LATIHAN 3 (JAWAPAN)

Masukkan imbuhan beR- pada perkataan yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian, tuliskan semula ayat-ayat itu dalam kurangan yang disediakan.

1. Pesakit itu tidak dibenarkan memakan makanan yang minyak dan pedas.
    Pesakit itu tidak dibenarkan memakan makanan yang berminyak dan pedas.
   
2. Adik lari-lari anak apabila melihat ayah dan ibu pulang dari pasar raya.
    Adik berlari-lari anak apabila melihat ayah dan ibu pulang dari pasar raya.

3. Apabila saya pulang dari kerja, pinggan mangkuk itu belum basuh.
    Apabila saya pulang dari kerja, pinggan mangkuk itu belum berbasuh.

4. Orang ramai digalakkan kebun sayur di belakang rumah masing-masing untuk menjimatkan  
    perbelanjaan harian.
    Orang ramai digalakkan berkebun sayur di belakang rumah masing-masing untuk menjimatkan 
    perbelanjaan harian.

5. Kelmarin, angsa Pak Cik Lailin telur di bawah rumah Tuk Penghulu Hamad.
    Kelmarin, angsa Pak Cik Lailin bertelur di bawah rumah Tuk Penghulu Hamad.

6. Kami empat pergi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Melaysia di Stadium
    Shah Alam.
    Kami berempat pergi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Melaysia di Stadium
    Shah Alam.

7. " Berikan kuih ini kepada budak yang baju biru itu," kata Rafidah kepada Filza.
    " Berikan kuih ini kepada budak yang berbaju biru itu," kata Rafidah kepada Filza.

8. Apabila pihak polis tiba di tempat kejadian, mangsa berkenaan sudah tidak nafas lagi.
    Apabila pihak polis tiba di tempat kejadian, mangsa berkenaan sudah tidak bernafas lagi.

9.Para penonton tepuk tangan apabila ahli silap mata itu muncul di atas pentas.
   Para penonton bertepuk tangan apabila ahli silap mata itu muncul di atas pentas.
 
10.Mereka dua berkawan baik semenjak menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia lagi.
     Mereka berdua berkawan baik semenjak menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia lagi