ap.gif (5192 bytes)
Bentuk Apitan ke...an

1.Kata berapitan ke...an dapat dibentuk dengan memberikan awalan ke- dan
   akhiran -an pada kata dasarnya.
2.Apitah ke...an tidak berubah bentuknya apabila diimbuhkan pada kata dasar.

Makna Apitan ke...an
Apitan ke...anmempunyai beberapa makna,iaitu:
(a)tempat...bertugas atao daerah...
    kedutaan =tempat duta bertugas
    kerajaan =daerah raja

(b)hal tentang sesuatu
    keagamaan =hal tentang agama
    kehakiman =hal tentang hakim

(c)keadaan atau sifat...
    kebaikan =keadaan atau sifat baik
    kecantikan =keadaan atau sifat cantik

(d)sesuatu atau seseorang yang di...kan...
    keinginan =sesuatu yang diinginkan
    ketetapan =sesuatu yang ditetapkan

(e)tempat yang di...i
    kediaman =tempat yang didiami
    kedudukan =tempat yang diduduki

(f)perihal...
   kedatangan =perihal datang
   kepergian =perihal pergi `

contoh ayat:

1.Anak kesayangan Mak Minah akan berlepas ke England untuk melanjutkan pelajarannya.
2.Kita janganlah menghina kebodohan orang lain.
3.Musafir itu meminta air kerana dia kedahagaan.
4.Walaupun sudah berumur dua puluh tahun,  kadang-kadang Ismail berkelakuan keanak-anakan apabila kehendaknya tidak dikabulkan oleh ibunya.

Disediakan oleh:Tan Sok Foon

aplat1b.gif (3597 bytes)aplat2b.gif (3567 bytes)aplat3b.gif (3603 bytes)aplat4b.gif (3612 bytes)