Make your own free website on Tripod.com

kg.gif (12338 bytes)

1. Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang
    seperti geram, hairan, marah, takut, sakit, dan sebagainya.

2. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.

Kata Seru Penggunaannya Ayat Contoh
aduh menyatakan perasaan sakit atau hairan 1. Aduh, sakitnya kakiku!
2. Aduh, indah sungguh kawasan ini!
cih / cis menyatakan perasaan mengejek, tidak suka, atau marah 1. Cih, bedebah betul budak ini!
2. Cis, nyah engkau dari sini!
eh menyatakan perasaan hairan atau terkejut 1. Eh, bila kamu sampai!
2. Eh, dulu kawasan ini semak-samun.
hai untuk menarik perhatian atau untuk menegur seseorang 1. Hai, jangan duduk di situ!
2. Hai, lama saya tidak melihat kamu!
nah untuk menarik perhatian atau memberikan sesuatu 1. Nah, itu orangnya!
2. Nah, terimalah habuanku!
oh menyatakan perasaan hairan, terkejut, kecewa, dan sebagainya 1. Oh ibu, ampunilah dosaku!
2. Oh, kamu rupanya!
wah menyatakan perasaan kagum Wah, bijak sungguh budak itu!
amboi menyatakan rasa hairan atau kagum 1. Amboi, murah betul barang-barang ini!
2. Amboi, manja budak ini!
ah untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu 1. Ah, saya tidak akan pergi!
2. Ah, saya tidak akan menurut kata-katanya itu!
wahai untuk menyatakan perasaan sedih atau untuk menarik perhatian 1. Wahai anakku, bertaubatlah!
2. Wahai orang-orang yang beriman, kerjakanlah sembahyang!

Disediakan oleh : Chua Meng Tee 

kslat1b.gif (8223 bytes)kslat2b.gif (8242 bytes)kslat3b.gif (8223 bytes)kslat4b.gif (8252 bytes)kslat5b.gif (8246 bytes)