apocl.gif (15473 bytes)
Bentuk Amalan pen-

1. Awalan pen- sekeluarga dengan amalan pe-, pem-, peng-, dan penge-. Ini menunjukkan bahawa awalan pen-, pe-, pem-, peng-, dan penge- ada hubungannya dengan awalan men-, me-, mem-, meng-, dan menge-.

2.Awalan pen- dapat berubah menjadi pe-, pem-, peng-, dan penge- atau tetap pen- seperti yang berikut:

Awalan Keterangan Contoh
pe- Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf l,m,n,ny,r,dan w. pe.lancong, pe.menang,
pe.nasihat, pe.nyanyi,
pe.rompak, pe.warna
pem- Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf b dan f. pem.basmi, pem.buru,
pem.fitnah
peng- Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf a, e, i, o, u, g, h, dan kh. peng.arah,peng.edar,
peng.hibur, peng.ikut,
peng.oleh, peng.ulas,
peng.gali, peng.khianat
penge- Apabila bertemu dengan kata-kata yang terdiri daripada satu suku kata. penge.bom, penge.cat,
dan penge.lap
pen- Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf c, d, j, sy, dan z. pen.curi, pen.datang,
pen.jamin, pen.syarah,
dan pen.ziarah

Makna Awalan pen-

Awalan pen- mempunyai beberapa makna,iaitu:
(a) orang yang men...
     pembunuh = orang yang membunuh
     pengarang = orang yang mengarang

(b) orang yang suka atau selalu....  
     pendiam = orang yang suka/selalu diam 
     penidur = orang yang suka/selalu tidur

(c)orang yang bersifat....
     peramah = orang yang bersifat ramah
     penakut = orang yang bersifat takut

(d)alat atau sesuatu yang digunakan untuk men....
    pembakar = alat untuk membakar
    pemukul = alat untuk memukul

(e)sesuatu yang menyebabkan jadi....
    pengdingin = sesuatu yang menyebabkan jadi dingin
    pengasih = sesuatu yang menyebabkan jadi kasih

Disediakan oleh:   
ONG CHAI  LING

lat1bap.gif (8844 bytes)lat2bap.gif (7734 bytes)
lat3bap.gif (9667 bytes)lat4bap.gif (8507 bytes)
lat5bap.gif (8020 bytes)