Make your own free website on Tripod.com

at.gif (7472 bytes)

Bentuk Awalan ter-

1. Ada tiga jenis awalan ter-, iaitu:
   (a) ter- tak transitif
   (b) ter- adjektif
   (c) ter- pasif

2. Awalan ter- sekeluarga dengan awalan te- dan tel-.

3. Awalan ter- dapat berubah menjadi te-, atau   tel-, atau tetap ter- seperti yang berikut:

   Awalan                 keterangan                    contoh
te- (a) apabila bertemu dengan kata yang   bermula dengan huruf r

(b) apabila bertemu dengan kata yang suku pertamanya berakhir dengan er

te.rasa, te.rendam,
te.ringkas,  te.rupa
te.percik, te.perlus,te.perdaya, te.sergam,
te.serkup, te.serlah
tel- apabila bertemu dengan kata anjur tel.anjur
ter- apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf yang lain daripada huruf  r ter.cengang, ter.nganga,ter.senyum

Makna Awalan ter-

Awalan ter- mempunyai beberapa makna, iaitu:

(a) tidak sengaja men... atau di....
     terambil  =  tidak sengaja mengambil atau diambil
     terpijak  =   tidak sengaja memijak atau dipijak

(b) paling....
     terbaik  =    paling baik
     tertinggi  =  paling tinggi

(c) keupayaan (dapat di....)
     terangkat  =  dapat diangkat
     terdaki  =  dapat didaki

contoh ayat:

1. Dia  tertelan tulang ikan semasa memakan nasi semalam .
2. Rubiah terpijak ekor kucingnya .
3. Orang tua itu tidak terpanjat tangga - tangga itu .
4. Fuad  terangkat kotak - kotak yang besar itu .
5. Hua Eng ialah pelajar yang terpandai di dalam kelasnya .
6. Bangunan itulah yang tertinggi di bandar ini .


     Disediakan Oleh :
   SWA SIONG HENG           

terlat1b.gif (8198 bytes)terlat2b.gif (5594 bytes)terlat3b.gif (5648 bytes)terlat4b.gif (8161 bytes)terlat5b.gif (5669 bytes)

กก