LATIHAN 5  KATA  HUBUNG

1. Air  itu  dimasak_____mendidih

    A  atau                 C   selepas

    B  hingga              D  sementara

2. Bapanya  tidak  dapat  berjumpa  dengan  guru   besar_____beliau  tiada  di  sekolah.

    A  kerana             C  atau

    B  hingga              D  sebelum

3. Makanan  dalam  tin  itu  baik  dimakan_____15  Ogos   1999.

    A  sebelum           C  selagi

    B  selepas             D  semenjak

4. Perpustakaan  itu  kecil_____terdapat  beribu-ribu  buah   buku  di  dalamnya.

    A  tetapi                C   kerana

    B  tentang              D  manakala

5. Budak  kecil  itu  menangis_____diberi  makan  ubat   yang  pahit.

    A  meskipun           C  apabila

    B  supaya               D   tetapi

6. Tanam-tanaman  akan  hidup  dengan  subur_____mendapat   cahaya  matahari  dan  air  yang  mencukup.

    A  supaya               C   serta

    B  meskipun            D  sekiranya

7. Lalat  berkaki  enam_____labah-labah  berkaki  lapan.

    A  kecuali                C   meskipun

    B  manakala             D  sambil

8. Buku  ini  sesuai  untuk  murid  sekolah   menengah_____tidak  sesuai  untuk  murid  sekolah  rendah.

    A  tentang                C   serta

    B  melainkan            D  tetapi

9. Buah  durian  berbau  wangi_____sudah  masak.

    A  sementara            C  sambil

    B  apabila                 D   sebelum

10. Pelajar  itu  cerdik_____rajin.

      A  kerana               C   tetapi

      B  lalu                     D   serta

bar47.gif (8654 bytes)

homeywc.gif (3501 bytes)jawapanywc.gif (4160 bytes)