Make your own free website on Tripod.com

kkj.gif (7041 bytes)Latihan1

Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan kata kerja yang sesuai.

1. Azhari memberi sebentuk cincin berlian kepada bakal tunangnya.

2. Keluarga Encik Hasrul sedang tidurdi dalam bilik ketika kebakaran itu berlaku.

3. Dia sedang menulis sepucuk surat kedapa sahabat penanya yang berada di Brunei.

4. Pak Cik Khir bekerja siang dan malam untuk menyekolahkan anak-anaknya.

5. Si Manja telah melahirkan lima ekor anak kucing yang sangat comel.

6. Kakak sedang menyapu daun-daun kering yang berguguran di halaman rumah.

7.Habshah menangis teresak-esak apabila duitnya hilang.

8. Farouk sedang mengecat rumahnya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

9. Murid-murid itu sedang beratur di luar bilik darjah.

10. Pekerja-pekerja binaan itu telah merobohkan sebuah bangunan lama di tepi jalan itu.

beratur     menulis     memberi      mengecat     merobohkan      menangis     melahirkan     bekerja    menyapu   tidur