Make your own free website on Tripod.com

Latihan 2 (JAWAPAN)

Gariskan kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian, nyatakan sama ada kata kerja itu kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif.

1) Encik Shaari mengasah parang-parang itu sehingga tajam.(kata kerja transitif)

2) Rohaimi selalu mandi di sungai itu dengan kawan-kawannya.(kata kerja tak transitif)

3) Puan Maria menyiram pokok-pokok bunga orkidnya pada waktu petang.(kata kerja transitif)

4) Azila sedang menidur adiknya di dalam buaian.(kata kerja transitif)

5) Zulkarnain mengisi borang permohonan untuk memasuki maktab itu dengan teliti.(kata kerja          transitif)

6) Penyanyi baru itu menyanyi dengan penuh semangat.(kata kerja tak transitif)

7) Murid-murid Tahun Enam Anggerik sedang berlatih di dewan sekolah.(kata kerja tak transitif)

8) Abang Azhar pergi ke bandar dengan menunggung motosikal (kata kerja transitif).

9) Rosli terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya petang semalam.(kata kerja tak transitif)

10) Monyet itu memanjat pokok kelapa untuk mengambil buah kelapa muda.(kata kerja transitif