LATIHAN 3

1. "Mengapakah _____________ tidak datang ke rumah saya semalam?" tanya Peng Sun kepada kawan-kawannya.

  A mereka          B anda               C engkau          D kalian

2. ____________ hasil kraftangan dipamerkan di Pusat Pameran Karyaneka.

  A Beberapa         B Pelbagai           C Setengah            D Ketiga-tiga

3. Mak Ton tidak berselera untuk makan. Dia makan _____________ nasi saja.

  A sejambak        B sekelompok            C sekepal        D seketul

4. Pembahas itu memulakan perbahasannya dengan _____________ pantun.

   A serangkap           B sejambak          C seutas            D setangkai

5. ___________ pelajar, kita harus patuh kepada undang-undang.

  A Seperti             B Sebagai            C Sejak            D Terhadap

6. Oleh sebab keletihan, _____________ tertidurlah si miskin itu di bawah pohon beringin.

  A agar        B hingga         C serta             D maka

7. _____________ betul _____________ tidak berita ini.

  A Kian...kian         B Entah...entah          C Makin...makin          D Baik...baik

8. Makcik Midah merebus ubi kayu itu hingga ____________.

  A lembik        B lembut           C lemau         D empuk

9. Gadis yang jelita itu memakai baju kurung dengan potongan ____________ di sebelah kiri.

  A condong         B serong          C bengkok            D bongkok

10.  Gurdip Singh menjalankan tugas-tugasnya dengan penuh____________.

  A meyakini      B meyakinkan        C berkeyakinan          D keyakinan

11. "Kemalangan itu sungguh dahsyat dan ____________," kata Aris kepada Zul.

  A menakuti        B menakutkan           C ketakutan            D takut

Soalan 12 dan soalan 13

Kata yang bergaris ialah kata ganda. Pilihlah kata ganda yang menunjukkan bilangan banyak.

12. A Kanak-kanak itu menangis apabilah ditinggalkan oleh ibunya.

     B Abang membelikan adik gula-gula.

     C Kotak-kotak itu tersusuh di dalam stor.

     D Setiap manusia harus patuh kepada undang-undang.

13. A Lauk-pauk yang tidak habisdimakan itu disimpan oleh Aini.

     B Abang saya bertugas sebagai mata-mata.

    C Banyak orang yang lalu-lalang di jalan ini.

    D Sehari-harian saya menunggu kamu.

Soalan 14 dan soalan16

Pilihlah simpulan bahasa yang sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini.

14. Pemuda itu meninggalkan kampung untuk ____________ di Kuala Lumpur.

  A mencuit hati       B mengambil berat        C mengadu untung        D mengikut jejak

15. Penduduk Kampung Belanja sudah _____________ nutuk membina sebuah surau.

   A bulat kata       B besar hati         C berat hati         D burut siku

16. "Janganlah menjadi _____________ apabila di sekolah nanti," kata Puan Zaiton kepada anaknya.

  A putih mata        B kaki bangku          C paku belanda         D kera sumbang

Soalan 17 dan soalan 18

Pilihlah perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

17. Kerja-kerja pembinaan sekalah itu sudah selesai.

A runtuh          B terbengkalai           C siap          D mula

18. Dia berduka kerana gagal dalam peperiksaannya.

  A bersedih          B bersenang          C bergembira           D bermuram

Soalan 19 hingga soalan 20

Pilihlah ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang bergaris.

19. Lima orang pemuda yang disyaki terlibat dalam suatu rompakan telah ditangkapoleh polis.

  A Lima orang pemuda telah ditangkap oleh polis yang disyaki terlibat dalam suatu rompakan.

  B Lima orang polis yang disyaki terlibat dalam satu rompakan telah ditangkap oleh pemuda.

  C Lima orang pemuda dan polis yang disyakit terlibat dalam suatu rompakan telah ditangkap.

  D Polis telah menangkap lima orang pemuda yang disyaki terlipat dalam suatu rompakan.

20. "Simpanlah barang-barang kamu di tempat yang selamat," kata pengawal keselamatan itu kepada Mahmut.

  A pengawal keselamatan itu menyimpan barang-barang Mahmud di tempat yang selamat.

  B pengawal keselamatan itu menasihati Mahmud supaya menyinpan barang-barangnya di tempat yang selamat.

  C pengawal keselamatan itu menegur Mahmud kerana menyimpan barang-barangnya di tenpat yang selamat.

  D pengawal keselamatan itu mempelawa Mahmud menyimpan barang-barangnya ditempat yang selamat.     

กก

homeksx.gif (2262 bytes)jpksx.gif (3240 bytes)

กก

กก

กก