Latihan 4

1. Dia menggunakan selimut yang tebal untuk ______________ badannya.

  A panas          B berpanas            C memanasi             D memanaskan

2. Beberapa orang pagawai yang melakukan _____________ akan dikenakan tindakan undang-undang.

  A menyeleweng     B menyelewengkan      C penyelewengan     D penyeleweng

3. Bapa saudara Tan Wing suka _______________.

  A pengembara        B berkembara         C mengembara         D pengembaraan

4. Kenny Lim, pernah _____________ sebuah kumpulan muzik lima tahun lalu.

  A pertubuhan             B ditubuhkan               C penubuhan                   D menubuhkan

5. Para siswazah akan mengusahakan projek ternakan ikan di se_____________ tanah di tepi jalan raya itu.

  A bentuk              B keping              C bidang              D batang

6. "Bubuhlah _____________ garan ke dalam kuih kari itu," kata emak.

  A genggam              B cubit               C senduk              D cebis

7. Satu _____________ sayur kangkung ini dijual dengan harga empat puluh sen.

  A batang          B sikat           C tangkai           D ikat

8. Gadis itu  bukan saja cantik ______________ berbadi bahasa.

  A tetapi juga          B namun          C tambahan pula           D dan

9. Dia menyimpan semua wangnya di dalam bank ______________ selamat.

  A serta          B supaya           C sementara           D kalau

10. Baiklah berjagung-jagung dahulu ______________ menunggu padi masak.

  A sebelum         B sampai          C sewaktu          D sementara

11. Orang itu ___________ di biliknya sambil memikirkan sesuatu.

  A lalu-lalang          B lintang-pukang          C mundar-mandir           D simpang-siur

12. Abang Hassan menebang pohon itu untuk dijadikan beberapa ____________ tiang dan beberapa _____________ papan.

  A buah...keping         B buah...helai               C batang...keping       D batang...kerat

13. Api pelita itu ____________ ditiup angin.

  A berliang-liuk      B berlenggok-lenggok            C menari-nari           D melambai-lambai

14. Ketua kampung telah ____________ pendapatnya dalam mesyuarat itu.

  A menghamparkan     B menghuraikan      C mencadangkan     D mengulas

15. Ular itu ____________ di atas dahan pohon besar itu.

  A menular          B menjalar          C meraba           D melata

16. Abang ____________ adik mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan semakin hampir.

  A memerintah      B memanggil       C menyuruh       D mengarah

17. Penduduk kampung itu ______________ untuk mengadakan kerja secara gotong-royong.

  A bulat hati      B kata dua      C bulat kata       D kata patus

18. "Saya ingin ____________ abang saya yang belajar di luar negeri," kata Amir.

  A mengikut jejak       B mengikut telunjuk         C membuka langkah         D membuka jalan

19. Orang yang ___________ akan berjaya dalam hidupnya.

  A ringan tulang      B ringan mulut       C ringan kepala        D ringan tangan

20. Doktor menasihati Encik Lim supaya ____________ agar penyakitnya lekas sembuh.

  A bawah angin          B kepala angin          C beralih angin          D beralih akal

homeksx.gif (2262 bytes)     jpksx.gif (3240 bytes)

กก

กก