Latihan Tatabahasa

Latihan 2

1 Murid-murid __________ untuk bergiat dalam kegiatan kokurikulum.

   A  mengalak  B  tergalak  C  digalakkan  D   galakkan

2 Hutangnya kepada Encik Rahim____________ empat ratus ringgit.

   A  berjumlah  B  menjumlah  C  terjumlah  D   dijumlah

3 ___________ papan hitam kami telah hilang.

  A  Pemadaman  B  Pemadam  C  Berpadam  D   Kepadaman

4 Beribu-ribu orang__________ Dataran Merdeka untuk menyaksikan pertunjukan bunga api.

  A  terbanjir B  kebanjiran  C  dibanjiri  D   membanjiri

5  "Ampunkan _________tuanku ,"rayu orang itu kepada Sultan Kamaruddin

  A  Beta  B  dia  C  saya  D  patik

6  Emak sedang menjahit baju.__________ tidak mahu diganggu.

  A  Saya  B  dia  C  Kami  D  Ia

7  Muka Salmiah menjadi__________ semasa dia marah.

  A  putih  B  merah  C  pucat  D  ungu

8  Bayi comel itu sedang tidur dengan_________.

   A  masak  B  sedap  C  diam  D  nyenyak

9 Saya tidak tahu___________ yang memasak nasi itu.

  A  apa  B  bila  C  berapa  D  siapa

10  Semua murid hadir ke kelas tambahan semalam__________ Azizi.

  A  hanya  B  kecuali  C  seraya  D  serta

11  ________ kita rajin belajar tentu kita dapat lulus peperiksaan itu.

  A  Kerana  B  Supaya  C  Jika  D  Lalu

12  Dia selalu berdoa_______ keluarganya sentiasa sihat.

  A  agar  B  sambil  C  sejak  D  tetapi

13  Emak menghidangkan se_________ kopi dan tiga________ roti

  A  mangkuk----keping  B  biji----ulas  C   cawan----keping  D  cawan---buah

14 Pak Busu mempunyai se________ bendang di kampungnya.

  A  biji  B  bidang  C  keping   D  buah

15  Salasiah memasukkan dua__________ filem ke dalam begnya.

  A  helai  B  biji  C  gelung  D  gulung

16  Buatlah kerja ini dengan___________ supaya kita boleh rehat.

   A  perlahan-lahan  B  cepat-cepat  C  baik-baik   D  lama-lama

17  Emak sedang________ dengan Makcik Lina di kebun bunga.

  A  berkata-kata  B  Bersiul-siul  C  berbual-bual D   Bercakap-cakap

18  Samy suka campur tangan dalam__________ orang lain .

   A  hal-hal  B  selok-selok  C   kerja-kerja  D  hal-ehwal

19  Makcik itu berasa___________ atas perbuatan anaknya yang jahat.

  A  hancur hati  B  iri hati  C   hati batu  D  geli hati

20  Pasangan itu telah berumah tangga selama 10 tahun tetapi sampai sekarang,mereka masih belum mempunyai________ lagi

  A  anak bapa  B  rabun ayam  C   cahaya mata  D  jinak lalat  

homeksx.gif (2262 bytes)