Make your own free website on Tripod.com

Latihan Tatabahasa

Latihan 3

1   Tiap-tiap orang yang________ gotong-royong itu diberi jamuan makanan malam.

  A  memasuki  B  menyertai  C   menuruni  D  mengambil

2  Umurnya baru dua tahun tetapi_________ bercakap.

  A  petah  B  bodoh  C  kaku   D  malu

3  Kita harus memakan makanan yang_________.

  A  berlebih  B  berkhasiat  C   bertimbun  D  berselera

4  Encik Sani menghadiahkan se________ cincin berlian kepada isterinya pada hari ulang tahunnya.

  A  kaki  B  utas  C  biji  D   bentuk

5  kemalangan itu telah mengorbankan nyawa tiga __________ wanita.

  A  kawan  B  orang  C  pasukan   D  ekor

6  Saya membawa se__________ anggur untuk kawan saya di hospital.

  A  sikat  B  laras  C  gugur    D   utas

7  Salmiah menyalin karangannya dalam se________ kertas yang bersih.

  A  cebis  B  lembar  C  helai   D  kajang

8  _________ kami sampai ke kilang itu pada waktu tengah hari.

  A  Perombong  B  Rombongan  C   Berombong  D  Dirombong

9  Budak yang jahat itu ________ tebuan.

  A  tersengatan  B  disengat  C   bersengat  D  menyengat

10  Peperiksaan sedang________ di dewan sekolah.

  A  berlangsung  B  terlangsung  C   langsung  D  dilangsungkan

11  _____________ makan kuih-muih yang dihidangkan.

  A  Silakan  B  Silaan  C  Silalah   D  Silahnya

12  Mereka mula berlari apabila tembakan__________.

   A  dilepaskan  B  menlepaskan  C   berlepas   D  terlepas

13  Semut itu melata____________ atas sebuah busut.

  A  pada  B  dari  C  kepada   D  di

14  Ia mengejar pencuri itu________ menangkapnya.

  A  seraya  B  tetapi  C  lalu   D  supaya

15  Dia akan didenda_______ dia dapat membuktikan bahawa dia tidak bersalah.

  A  dan  B  melainkan  C  kerana   D  jika

16"_________" mahu semua rakyat bersatu padu dan bekerjasama"titah Sultan Kassim.

  A  Saya  B  Patik  C  Hamba   D  Beta

17  Pengawai kesihatan datang ke sekolah ._______ hendak memberi ucapan.

   A  Mereka  B  Saya  C   Hamba  D  beliau

18  Aini tidak dapat makanan kerana___________ nya luka.

   A  langit-langit  B  siku-siku   C  mata-mata  D  jantung-jantung

19  Mereka_________ ketika berjumpa pada Hari Raya Puasa.

  A  berkejar-kejar  B  bermakan-makan    C  bermaaf-maafan  D  berkasih-kasih

20  ___________ yang dimasak oleh makciknya sungguh enak.

  A  Lauk-pauk  B  Minum-minuman  C   Nasi-nasa  D  Buah-buahan

homeksx.gif (2262 bytes)