Jawapan Latihan Tatabahasa F4

1.Polis itu menggunakan ________pistol untuk menembak perompak bank itu

    A.sepasukan    B.sepuntung       C.sepotong         D.sepucuk

2.Orang tua itu amat kaya tetapi ________.Sesen pun sangat payah dia hendak menderma.

    A.telinga lipis    B.tangan terbuka     C.tangkai jering    D.tidur ayam

3.Omar tidak dipilih untuk mewakili pasukan bola sepak sekolahnya kerana dia seorang______.

    A.kaki ayam    B.kaki bangku    C.kaki botol    D.kaki judi

4."Jangan lupa membawa ______santa semasa kau melawatnya di hospital nanti,"pesan emak Farid.

    A.buah tangan    B.buah hati     C.buah mulut    D.buah fikiran

5.Saya akan bermain bola pada tiap-tiap hari ________hari Ahad.

    A.supaya    B.tetapi     C.kecuali    D.kerana

6.Api itu menyambar atap__________membakar rumahnya.

    A.selagi    B.lalu     C.walaupun    D.sejak

7.Pak Abu membajak sawahnya_______jentera pembajak itu.

    A.kepada    B.pada     C.daripada    D.dengan

8.Kempen itu diadakan untuk menyedar orang ramai_______Kepentingan kebersihan kawasan ini.

    A.oleh    B.demi     C.tentang    D.kepada

9.Orang yang bersemangat______tidak mudah berputus asa.

    A.kaku   B.lemah      C.gigih    D.licin

10.Sejak anaknya menjadi doktor,kehidupan Pak Awang sekeluarga bertambah____.

    A.jernih    B.cerah     C.keras    D.lancar

11.Pemandangan alam yang indah_____itu sungguh mempesonakan para pelancong dari luar negeri.

    A.permai    B.comel     C.molek    D.segak

12.Ayah memuji masakan ibu yang_______itu.

    A.masam    B.manis     C.lemak    D.lazat

13.Orang buta itu_____dilanggar oleh kereta semasa melintas jalan raya itu.

    A.hati-hati    B.mata-mata     C.nyaris-nyaris    D.orang-orang

14.Padi yang sedang masak itu berwarna_________.

    A.kebiru-biruan     B.kehijau-hijauan    C.kekuning-kuningan     D.kemerah-merahan

15.Sikap_______perlu disemai dan diamalkan oleh masyarakat demi mewujudkan perpaduan.

    A.sayang-menyayangi     B.umpat-mengumpat    C.hormat-menghormati     D.cela-mencela

16.Dia pergi kekedai buku____oleh kakak.

    A.berteman    B.menemani     C.ditemani    D.menemankan

17.Dia memberikan buah-buahannya yang___________kepada jirannya.

    A.berlebih    B.berlebihan     C.melebih    D.melebihkan

18.Guru itu______kerana dia sangat bertanggungjawab.

    A.dihormati    B.berhormat     C.menghormati    D.terhormat

19.Polis_______dua pucuk pistol dalam serbuan itu.

    A.merampas    B.memanggil     C.menyahu    D.mencari

20._________ke gunung kinabalu itu terpaksa dibatalkan kerana cuaca buruk.

    A.Daki    B.Mendaki     C.Didaki    D.Perndakian

กก

bkash.gif (3120 bytes)