Latihan Tatabahasa 5   

1 _______ antara dua orang adik-beradik yang sudah lama berpisah itu sungguh mengharukan.

   A penemuan              B pertemuan               C menemukan             D menemui

2 Ibu kanak-kanak yang hilang itu tidak dapat berbuat apa-apa kecuali ________ kepada Tuhan.

   A berserah                B menyerah                 C terserah                   D menyerahi

3 Sebahagian besar _______ penonton telah pulang kerana persembahan pemuzik itu membasankan.

   A dari                       B kepada                    C daripada                  D pada

4 Mereka bangun _______ turun ke serambi rumah.

   A kerana                   B lalu                          C sambil                      D ketika

5 Lelaki yang gemuk itu masih makan ______ telah kenyang.

   A ataupun                  B jikalau pun              C.meskipun                  D. mahupun

6.Dari jauh kelihatan ________ pulau.

A.serumpun                 B.selonggok                C.segugus                    D.sebidang

7. Datuk membawa sebatang tongkat dan  _________ payung.

A. seikat                     B.sehelai                       C. sekaki                    D.sekeping

8.________  anting -anting menghiasi telinganya.

A. sebentuk                B sehelai                        C seulas                      D .sepasang

9.Murid-murid dikehendaki menulis beberapa __________ pantun.

A. rangkap                 B .patah                         C. buah                      D. baris

10.Linggam selalu lewat ke sekolah. __________, dia didenda oleh guru displinnya.

A. namun begitu         B. selepas itu                 C. lantaran itu            D, sungguhpun begitu

11.Badri telah mencuba sungguh-sungguh untuk memenangi  perlumbaan itu. _________,Kejayaan masih belum menyebelahinya.

A.walau bagaimanapun    B.dengan demikian    C. oleh itu                 D. lagipun

12.Pak Husner sayang akan anak-anaknya._________ ,anaknya yang bongsu itu.

A.lebih-lebih lagi       B.Sungguhpun demikian    C. tambahan pula      D. dengan demikian

13.Nasi yang dimasaknya ________ dan berkerak.

A.busuk                   B. hangit                           C. basi                         D.tengik   

14.Gandum ________ dari kampit plastik yang bocor itu.

A. berkeliaran        B. berhamburan              C. berserakan                  D. bertempiaran                  

15.Ibu meletakkan cerek di atas api untuk __________- air .

A.menjerang           B.menanak                     C.mengukus                     D. merebus

16 .Sungai yang _______ itulah tempat penduduk kampung  ini mandi -manda dan membersihkan pakaian.

     A sebentuk       B sebuah                           C sebatang                       D sebidang

17.Anggota polis merampas se________ pistol serta lima ______ peluru daripada lelaki itu.

     A pucuk.....butir       B batang......biji         C butir....buah                 D laras.....das

18 Chiew Ai membeli se_____ sabun dan se________ pisang dari kedai Pak Muin.

     A biji...gugus             B buku...sikat              C butir...buah                 D bentuk...rangkap

19 " ______ yang tua _____ yang muda harus menjaga kesihatan ," kata doktor itu.

     A baik...mahupun     B jangankan...sedangkan   C sedangkan...tambahan pula  D bukan saja...bahkan juga

20 _____ tong sampah disediakan, _____ masih ada yang membuang sampah merata-rata.

    A walaupun...sedangkan     B sedangkan...tetapi      C sungguhpun...namun    D biarpun...tambahan pula.

     bkacy.gif (2163 bytes)