Latihan Tatabahasa 2
Set I
1. Bukan semua orang yang suka menceburkan diri dalam bidang__________.
A.pengusaha B.mengusahakan C.perusahaan D.usahawan
2. Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung telah__________Pingat Hang Tuah kepada budak yang paling berani itu.
A.menganugerahkan B.dianugerahkan C.menganugerahi D.penganugerahan
3. Guru besar itu berkata,"Berikan alasan-alasan yang munasabah untuk_______kebenaran awak."
A.buktikan B.terbukti C.berbukti D.membuktikan
4. Setiap pagi kami__________surat khabar daripada Pak Abu.
A.menyuruh B.melanjut C.menawan D.melanggan
5. Siti ___________oleh ibunya kerana gagal dalam peperiksaan akhir tahun.
A.dimarahkan B.digerami C.dimarahi D.dikasihi
6. Di tepi jalan itu terdapat dua__________pasir.
A.kumpulan B.puak C.timbun D.butir
7. Emak membeli se_________anggur di pasar malam.
A.gugus B.biji C.longgok D.timbun
8. Se________rumah kedai baru telah didirikan di tanah yang luas itu.
A.buah B.bentuk C.kumpulan D.deret
9. Akhirnya Cikgu Hamid telah_________bagaimana hendak menyelesaikan masalah matematik itu.
A.membuka tembelang B.memberi jalan C.memberi muka D.membuat helah
10. Rahim tidak digemari oleh kawan-kawannya kerana dia sangat suka________dengan mereka.
A.mengangkat muka B.berbahasa pasar C.berbahasa kesat D.berbahasa ibunda
11. ________Samad apabila mendapati burung yang di dalam sangkarnya telah terlepas keluar.
A.Tanda mata B.Air mata C.Buka mata D.Putih mata
12. Rahim tidak sihat_________dia gemuk.
A.selagi B.meskipun C.lagipun D.kecuali
13. Abang massuk ke bilik__________berbaring di atas katil.
A.lalu B.dan C.sambil D.supaya
14. Petani membuat empangan_________menahan air dari masuk ke sawahnya.
A.kerana B.agar C.untuk D.lalu
15. Kami sungguh ________setelah mendengar cerita orang tua itu.
A.azab B.nestapa C.radang D.sanjung
16. Isi buah mangga itu sungguh_________.
A.lapuk B.reput C.rangup D.lunak
17. Dewan itu________dengan gelak ketawa para penonton.
A.gamat B.sunyi C.penuh sesak D.padat
18. Orang-orang di pasar malam itu_________apabila pergaduhan itu berlaku.
A.kacau B.mirip C.gempar D.riuh
19. Penghijrahan anak muda ke bandar menyebabkan kawasan pertanian di kampung menjadi ________.
A.bukit bukau B.rumput-rumpai C.hutan rimba D.semak samun
20. Penyokong bola sepak Kedah_________kegembiraan apabila pasukan mereka berjaya ke pertandingan akhir Piala Malaysia.
A.menjerit-jerit B.melonjak-lonjak C.menampar-nampar D.bertolak-tolakan
¡¡
¡¡