Jawapan Latihan Tatabahasa 3

Set I

1. Bayi itu sedang belajar__________.

A.dirangkak    B.perangkak    C.merangkak     D.terangkak

2. Kereta api itu sudah___________lima belas minit yang lalu.

A.ditolak    B.bertolak    C.menolak     D.tertolak

3. Ibu________adik kerana nakal.

A.memarahkan    B.memarahi    C.marah     D.dimarahi

4. Adik leka memerhati kucing itu___________susu.

A.mengcungkil    B.menjilat    C.menuang     D.merasa

5. Pertandingan nyanyian itu telah________oleh Swee Lan.

A.dimenangi    B.dirampas    C.diambil     D.dikhuatiri

6. Di dalam bekas itu terdapat_________rantai tangan.

A.serelung    B.selembar     C.seutas    D.sehelai

7. Nelayan menangkap ikan di pinggir pantai dengan menggunakan__________jala.

A.serawan    B.sehelai     C.sesisir    D.seutas

8. Di dalam bilik tidur terdapat dua buah katil dan tiga_________tilam.

A.ketul    B.kaki     C.bidang    D.keping

9. Pencuri itu membuka________apabila dikejar oleh anjing yang garang itu.

A.serkap jarang    B.musuh dalam selimut    C.langkah seribu    D.kala bangkang

10. Cakap perlahan-lahan sedikit,nanti didengar oleh cikgu kita,cikgu kita itu__________.

A.telinga nipis    B.telinga lintah     C.telinga kuali    D.telinga gajah

11. Ah Chong selalu menang dalam apa-apa perbahasan kerana dia_____________.

A.pekak badak    B.lidah pendeta     C.banyak lemah    D.otak cair

12. Keris itu tersisip_________pinggangnya.

A.dari    B.pada     C.dengan    D.untuk

13. Setelah bersiap,Kim Seng__________Ahmad pun keluar dari rumah.

A.bagi    B.oleh     C.serta    D.akan

14. tabung dermasiswa itu ditubuhkan__________membantu pelajar-pelajar miskin.

A.akan    B.dengan     C.oleh    D.untuk

15. Rumah Pak Jamal telah________,orang kampung bergotong-royong membaikinya.

A.lusuh    B.busuk     C.lapuk    D.usang

16. Tayangan filem itu terpaksa dihentikan kerana_________elektrik terputus.

A.bebahan    B.bekalan     C.aliran    D.alur

17. Kamu jangan terlalu gelojoh,nanti mendatangkan___________.

A.mudigah    B.muhalil     C.mudarat    D.mubaligh

18. Emak_________telinga anak yang nakal itu dengan jarinya

A.jentik    B.pukul     C.libas    D.hentam

19. Untuk melekatkan papan gantung itu ke dinding kita perlukan sepasang____________.

A.kekuda    B.sesiku     C.lelangit    D.tetupai

20. Oleh kerana terlalu dimanjakan,Tom berani__________dengan ayahnya.

A.bergurau senda    B.maki hamun     C.kumat-kamit    D.sorak-sorai   

กก

                                                      btbkksl2.gif (4533 bytes)