Jawapan Latihan Tatabahasa 5

Set I

กก

1. Pemidato yang_____itu sedang membalas hujah pihak lawan.

A.lincah    B.laju    C.petah     D.rancak

2. Kok Keong memotong kek berbentuk______itu sempena hari jadinya.

A.lurus    B.bulat    C.keras     D.sempit

3. ______Foo Seng di majlis perkahwinan Chew Man telah mengeratkan persahabatan mereka semula.

A.Kemasukan    B.Ketibaan     C.Kepergian    D.Kehadiran

4. Goh Seng_____kaki sejauh empat kilometer untuk sampai ke rumah pak ciknya yang terletak di kawasan pedalaman.

A.berjalan    B.perjalanan     C.menjalankan    D.terjalan

5. Semua pelajar yang akan mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur dikehendaki______di pekarangan sekolah.

A.himpunan    B.berhimpun     C.menghimpun    D.terhimpun

6. Linda ditugaskan oleh ibunya______jambangan bunga yang ditempah oleh pelanggan mereka.

A.penghantaran    B.dihantar     C.hantaran    Dmenghantar

7. Anggota polis yang mengadakan sekatan jalan raya itu______semua kenderaan yang ditahan.

A.memeriksa    B.menyelidik     C.mengkaji    D.menyemak

8. "Nampaknya cuaca hari ini sungguh panas," kata Tai Ling______mengelap peluh di dahinya.

A.kerana    B.sementara    C.sambil     D.tetapi

9. Puan Josey menanam pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya______kelihatan menarik.

A.jikalau    B.supaya    C.setelah     D.lalu

10. _____berada di kampung nelayan itu,fikiran Mei Ling menjadi tenteram.

A.Walaupun    B.Sementara     C.Kerana    D.Semenjak

11. Ramlah menerima hadiah itu______perasaan terharu.

A.dengan    B.demi    C.untuk     D.hingga

12. Encik Lim dan isterinya sungguh gembira kerana mendapat______anak kembar.

A.seorang    B.sekawan     C.sepasang    D.sekumpulan

13. Di tengah-tengah bandar itu terdapat_______bukit yang mempunyai banyak kesan sejarah.

A.sebuah    B.sebidang    C.sebiji     D.sekeping

14. Ketika bertemu dengan orang tua itu,Devi tidak bercakap walaupun______perkataan.

A.serangkap    B.seuntai     C.sepatah    D.sebutir

15. Sikap Azmir yang suka______selepas melakukan sesuatu pekerjaan selalu ditegur oleh emaknya.

A.kena tangan    B.lepas tangan     C.panjang tangan    D.cepat tangan

16. Semua cendera mata yang ada di kedai itu dijual dengan______.

A.harga diri    B.harga pokok     C.naik harga    D.harga mati

17. Pada cuti semester yang akan datang,ayah akan membawa saya pergi_____ke Pulau Langkawi.

A.makan gaji    B.makan angin     C.makan angkat    D.makan nasihat

18. Adalah lebih mudah belajar memandu di jalan raya yang lurus daripada yang_____.

A.lintang-pukang    B.kucar-kacir     C.simpang-siur    D.bengkang-bengkok

19. Setelah bekerja keras mengusahakan tanaman kelapa sawit itu,kini keluarga Pak Talib hidup______.

A.bolak-balik    B.pindah-randah     C.senang-lenang    D.serba-serbi

20. Semua bayi yang menyertai peraduan bayi sihat itu______dan kesihatan riang serta cergas.

A.comel-comel    B.molek-molek     C.ayu-ayu    D.kacak-kacak

กก

                                                          btbkksl2.gif (4533 bytes)