latihan tatabahasa set E

latihan 2

1      Masakan yang__________ ini dimasak oleh tukang masak yang terkenal.

    A   elok   b    baik   c   cantik  D   enak

2    Mangsa kemalangan jalan raya itu mendapat kecedaraan_____________ di bahagian kakinya.

    A   teruk   B    berat   C   kuat   D   tenat

3   ___________ bungkusan itu telah dibuat oleh Yap Kee dan Kok Lian,dua minggu yang lalu.

   A   Kiriman   B    Pengiriman   C   Pengirim   D    Kirimkan

4   Budaya asing sering menjadi_____________ setengah-setengah remaja hari ini.

   A   pengikut    B    ikutan    C   diikut   D    mengikut

5    Pembinaan jambatan yang menghubungkan kedua-dua buah bandar itu___________ belanja sebanyak RM 2 juta.

    A   tertelan   B    menelan    C   ditelan   D    menelankan

6    Makanan yang manis seperti gula-gula dan ais krim sangat ___________ oleh kanak-kamak.

   A   digemari    B    disenangi     C    dikehendaki     D   dicintai

7    Penduduk-penduduk di pinggir hutan itu sering____________ oleh binatang liar seperti gajah dan harimau.

    A    digertak   B    disenangi    C   ditemui    D    diancam

8    Wee Ling mengajak sajak itu untuk ditunjukan khas___________ ibunya yang tersayang.

    A   bagi   B     ke    C   kepada   D    pada

9    "Saya akan pulang semula ke sini____________ saya rasa tidak sesuai tinggal disana,"kata Melissa.

     A   jika   B    kerana   C   walaupun   D   atau

10    Seramai 40 orang murid dari  Sekolah Bandar Mahkota akan mengadakan lawatan__________- belajar ke ibu negara.

    A   kerana   B    sambil   C    sementara    D    lalu

11   "Persahabatan saya dengan MeeYee sangat rapat,____________saya sudah mengganggapnya seperti adik beradik,"kata Kent.

    A    lalu   B    atau    C    malah   D    jika

12    Semua tanaman di kebun Ah Hock telah musnah kerana dirosakkan oleh___________ monyet yang datang dari hutan.

    A   seekor    B    sekawan    C   sekelompak    D    seangkatan

13   Encik Goh menghadiahkan_____________ rantai emas yang diberinya dari Sabah kepada isterinya.

    A   sejalur    B    sebuah   C    seutas    D    selembar

14   Orang kaya itu telah menderma beberapa____________ beras kepada keluarga Tan yang malang itu.

    A    kampit    B     bungkus    C   ikat    D    kotak

15   Swee Lian dan kawan-kawannya tidak percaya kepada Gopal kerana dia memang pandai___________.

     A    besar hati     b   hidung tinggi    C   mandi peluh     D   membuat helah

16    Cheah Soo selalu ingat akan pesan ayahnya supaya tidak____________ dalam urusan orang lain.

   A   panjang tangan    B     lepas tangan     C   kena tangan     D   campur tangan

17    Mary semakin angkuh apabila dia merasakan dirinya sebagai_____________ dalam pasukan hoki sekolahnya.

   A   anak angkat    B    anak emas    C   anak kandung    D    anak buah

18   "Pada suatu ketika dahulu kawasan ini penuh dengan__________," kata Pak Wee kepada cucu-cucunya.

    A   semak samun    B    rumput-rampai    C   lalu lalang    D    simpang siur

19   Anneselalu terkenang akan kisah____________ semasa kecil dahulu.

    A   riang-ria   B   suka-duka    C   keluh-kesah   D    gurau-senda

20   Ikan yang dibawa pulang oleh kumpulan nelayan itu___________ belaka.

    A    comel-comel      B   baru-baru    C    segar-segar    D   cantik-cantik

homeksx.gif (2262 bytes)      jpksx.gif (3240 bytes)