LATIHAN TATABAHASA 3

SET E

1. Kerja _____ kain songket daripada benang emas memerlukan ketelitian dan kemahiran.

A. tenunan            B. penenun               C. ditenun                 D. menenun

2. Kerja-kerja menyiapkan jambatan yang ________ itu akan disambung kembali.

A. berhenti               B. dihenti                C. terhenti                D. perhentian

3. Pemuda itu tidak suka _____ dengan sesiapa pun.

A. bergaul               B. digaulkan           C. pergaulan             D. menggauli

4. Sudah lebih lima tahun Rahimah _______ di luar negeri.

A. menetapkan      B. ditetapkan    C. ketetapan     D. menetap

5. Daripada lawatan itu kamu akan memperoleh _______ yang banyak .

A. pengetahuan       B. berpengetahuan      C. ketahuan      D. mengetahui

6.Keadaan lalu lintas di bandar itu ________.

A. mengawal         B. terkawal               C. kawalan             D. dikawal

7. Pasukan polis hutan berjaya ________ rusuhan itu.

A. dicegah           B. mencegah             C. pencegahan         D. tercegah

8. " Cikgu Zahid __________ kamu ke biliknya," kata Lam kepada Ali.

A. suruhan         B. menyuruh                C. disuruh            D. bersuruh

9. Mak Cik Yam membeli seikat pucuk paku dan dua _______ petai di pasar tani itu.

A. pucuk     B. keping          C. papan          D. untai

10. Pak Malim membawa ________ pukat dan ______ joran sewaktu ke laut.

A. serawan ....... sebentuk

B. sehelai.......... sebatang

C. sebidang....... sebuah

D. serawan ........ sebatang

11. Halimah menyiang ikan _________ adiknya memotong sayur di dapur.

A. lalu       B. maka        C. manakala       D. serta

12. Setiap pagi, Sarjan Aziz menggilap kasutnya _______ berkilat.

A. untuk       B. hingga          C. selagi        D. apabila

13. _______ yang hadir dalam majlis itu ?

A. Adakah     B. Bilakah      C. Mengapakah      D. Siapakah

14. "____________ tuanku mengizinkan patik menyiasat punca kejadian itu ?" tanya Laksamana Indera.

A. Bilakah        B. Adakah      C. Bagaimanakah      D. Siapakah

15. "Pokok-pokok bunga ini harus kamu siram selalu supaya ______," kata Aini kepada Lin.

A. sihat             B. besar        C. segar                  D. sembuh

16. Kisah sedih itu sudah _________ daripada ingatan saya.

A. bebas                B. hanyut           C. lenyap      D. lupa

17. Kami berjaya memasuki pertandingan _____ pidato peringkat daerah.

A. awal      B. besar     C. akhir      D. adil

18. Kejayaan budak miskin itu ke universiti telah _______ penduduk kampung.

A. membuka mulut                        B. membuka mata

C. membuka pintu                         D. membuka telinga

19. Dia seperti _________ dalam majlis itu kerana tiada sesiapa yang mahu berkawan dengannya.

A. kutu embun           B. kucing kurap     C. kuda kayu      D. kera sumbang

20. Ravi berlari ______ apabila dikejar anjing.

A. lintang-pukang       B. susup-sasap        C. mundar-mandir      D. bolak-balik

กก

homeksx.gif (2262 bytes)