Make your own free website on Tripod.com


jwp.gif (14272 bytes)

1. Puan Minah sedang menyeterika  seluar panjang suaminya.

2. Pemburu itu  memarang  musang yang cuba menyerangnya.

3. Tumbuhan itu akan membesar dengan lebih cepat jika sentiasa dibubuh

    baja.

4. Getah itu memanjang apabila ditarik .

5. Besi menguncup apabila disejukkan.

6. Mukanya memerah apabila dimarahi oleh ibunya.

7. Kanak-kanak sedang menyeberang di jalan itu.

8. Hakim menjatuhi pengedar dadah itu hukuman mati.

9. Peminat bola sepak memenuhi Stadium Merdeka sejak petang lagi.

10. Jangan sekali-kali mengecilkan kebolehan orang lain.