jwp.gif (14272 bytes)

( A )Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan perkataan yang sesuai.

1.  Apabila kami tiba di kampung itu, kami ternampak sawah-sawah padi yang menguning dari  jauh.

2.  Penuntut-penuntut pusat pengajian tinggi terpaksa menyewa rumah di luar kampus kerana penginapan di asrama sudah penuh.

3.  Perusahaan mengetin nanas terdapat di beberapa tempat di Johor Bahru.

4.  Osman tidak dapat mengundi kerana masih di bawah umur 21 tahun.

5.  Kapal terbang dari Kota Bharu itu mendarat di Lapangan Terbang Sultan Aziz Shah pada pukul 8.45 malam.

6.  Bercucuk tanam dan menternak ikan air tawar merupakan pekerjaan utama kebanyakan penduduk di kampunng saya.

7.  Haslina merayu kepada ayahnya supaya membenarkan dia berkelah ke Desaru bersama kawan-kawannya.

8.  Mustaza bercita-cita untuk menjadi seorang ahli perniagaa yang berjaya pada suatu hari nanti.

9.  Mak Cik Naimah leka merebus ketupat sehingga tidak sedar akan kedatangan anak cucunya.

10. Pada musim tengkujuh, para nelayan tidak dapat menangkap ikan kerana laut bergelora.

 

( B )Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1.  Beberapa orang penyelam telah menyelam ke dalam sungai itu untuk mencari sebuah peti yang tenggelam di situ.

2.  Pasukan keselamatan negara telah berjaya  menangkap beratus-ratus pendatang haram yang cuba menyusup masuk ke negara ini mekalui jalan laut.

3.  Haji Hamdan sedang  mengatap bumbung rumahnya yang bocor itu.

4.  Azman terpaksa  menjual tanah pusaka ibunya untuk membayar hutang-piutangnya dengan pihak  bank.

5.  Para peserta yang menyertai Kursus Kepimpinan Pelajar itu  mendengar arahan yang diberikan oleh pihak pengurusan dengan teliti.

6.  Biskut yang dibuat oleh Nurul Izati membatu   kerasnya kerana terlebih tepung gandum.

7.  Walaupun Ismail tidak berpelajaran, tetapi dia mempunyai cita-cita yang  menggunung tinggi.

8.  Pasukan penyelamat mempergiatkan usaha untuk  mencari mayat mangsa-mangsa yang tertimbus  akibat tanah runtuh di lereng bukit itu.

9.  Harun dan Adika sedang menebas semak samun yang semakin menebal di kebun getah arwah datuk mereka.

10. Selepas kematian suaminya, Mak Cik Rokiah menjaja kuih-muih di sekeliling kampung untuk  menyara hidup anak-anaknya