Penjodoh Bilangan
Latihan 2
1. Mei Hwa membeli se______ pisang montel .
A sisir C timbun
B longgok D bungkus
2. Ali meletakkan se______ kunci di atas meja .
A jambak C timbun
B berkas D ketul
3. Swee Lan memakai se______ cincin yang cantik .
A utas C bentuk
B buah D laras
4. Abang saya melanggan dua ______ akhbar setiap hari .
A buah C helai
B naskhah D pasang
5. Hanya tinggal beberapa ______ rumah sahaja lagi untuk dijual di taman perumahan itu .
A deret C biji
B pintu D pangsa
6. Aishah pergi ke kedai untuk membeli se_____ garam .
A cebis C butir
B bungkus D ketul
7. Se_____ suami isteri telah tarlibat dalam kemalangan itu .
A orang C pasang
B kumpulan D kawan
8. Benarkan saya mengucap se _____ perkataan dahulu .
A orang C ekor
B kawan D patah
9. Tiga _____ pegawai pendidikan telah datang ke sekolah tadi .
A orang C ekor
B kawan D gugus
10. Sebelum pergi ke sekolah , saya minum se_____ air limau .
A kalung C bungkus
B gelas D keping