apj.gif (10943 bytes)LATIHAN 1

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1) Pak Cik Zamri menggunakan___________untuk menggemburkan tanah di kebun sayurnya.
A. pencangkuk
B. penggembur
C. pengait
D. pengail

2) Encik Marzuki telah mengupah seorang___________yang mahir untuk menghias pelamin anak    perempuannya.
A. penyambut
B. penghias
C. pemimpin
D. penghidang

3) Anak-anak ayam yang baru menetas itu besarnya se_____________sahaja.
A. penumbuk
B. pemukul
C. pengeram
D. pemeluk

4)____________Sekolah Menengah Hamzah mengadakan majlis perpisahan di dewan sekolah sempena pesaraan beliau dalam bidang penguruan.
A. Penulis
B. Pensyarah
C. Pengetua
D. Pengarang

5) Pada bulan puasa, raamai_____________menjual pelbagai jenis lauk dan kuih untuk hidangan berbuka puasa.
A. pembeli
B. peniaga
C. penipu
D. pelakon

6) Azlan mengambil buah rambutan yang sedang masak ranum itu dengan menggunakan ___________buluh.
A. penjaring
B. pengait
C. pemukul
D. penggali

7) Pesakit yang menghidap___________lemah jantung itu dinasihatkan oleh doktor supaya tidak mengambil makanan yang berlemak.
A. pembalut
B. pesakit
C. penapis
D. penyakit

8) Sikapnya yang terlalu_____________itu menyebabkan dia merasakan dirinya tidak ubah seperti kera sumbang.
A. pendiam
B. peramah
C. penyedih
D. periang

9) Peniaga itu menggunakan______________untuk menimbang barang-barang jualannya.
A. penggelak
B. penimbang
C. penyukat
D. penuras

10) Mazlin bercita-cita menjadi seorang_______________yang dedikasi dan bertanggungjawab untuk melahirkan generasi muda yang berwawasan dan beraklak tinggi.
A. pendidik
B. penyair
C. pemuzik
D. pemain