atj.gif (4012 bytes)

Isi tempat kosong yang berikut dengan kata yang sesuai.

1. Keindahan di pulau itu tidak tergambar oleh kata -kata .
    A . tergambar
    B . tergambarkan
    C . menggambarkan
    D . bergambar

2. Rancangan kami untuk berkelah tergendala kerana hujan lebat .
    A . menggendalakan
    B . tergendala
    C . gendala
    D . kegendalaan

3 . Perkara itu terserah kepada tuan untuk menyelesaikannya .
     A .   menyerah
     B . menyerahkan
     C .  terserah
     D . penyerahan

  4 . Semangatnya tidak terpatahkan oleh ejekan mereka .
       A . berpatah
       B  . terpatahkan
       C .  mematahkan
       D .  dipatahkan

   5 . Masalah yang mudah itu pun tidak teratasi oleh mereka .
        A . mengatasi
        B . diatasikan
        C . diatasi
        D . teratasi

   6 . Tidak terbayangkan bagaimana takutnya saya pada masa itu .
        A . terbayangi
        B . dibayangi
        C . membayangi
        D . terbayangkan

   7 . Bayi itu terbangun dari tidurnya dan terus menangis .
        A . membangun
        B . terbangun
        C . membangunkan
        D . terbangunkan

   8 . Tanggungjawab yang berat itu tak terpikul olehnya .
        A . terpikul
        B . dipikul
        C . memikul
        D .dipikulkan

    9 . Saya tidak percaya akan kata - katanya kerana janji - janjinya tak terpenuhi .
         A . memenuhi
         B . memenuhkan
         C . terpenuhkan
         D . terpenuhi

   10 . Dengan pisau terhunus , dia menyerang musuhnya .
          A . menghunus
          B . terhunus
          C . dihunus
          D . menghunuskan