Latihan Tatabahasa 4
1 Banjir yang melanda kampung itu menyebabkan orang ramai ______.
A tunggang-langgang B kelam-kabut C kusut-masai D keluh-kesah
2 Buah mangga itu sudah ______.
A basi B busuk C hangit D tengik
3 Kejadian tembak-menembak antara polis dengan perompak menjadikan penghuni pekan itu ____.
A gegar B tenang C tegang D gempar
4 Penglihatan datuk saya _____.
A gelap B kabur C malap D tepat
5 Kamil menerima tawaran kerja sementara itu sebagai _______ untuk memperoleh pekerjaan yang lebih baik.
A batu loncatan B dalam tangan C bulat kata D batu api
6 Ismail itu ______ ; dia enggan mengikut nasihat orang.
A kepala batu B kepala angin C naik angin D kepalang ajar
7 Adik terpaksa menggunakan kaca mata kerana dia ________.
A rabun ayam B rambang mata C mata duitan D putih mata
8 Durian yang besar itu hanya ada empat ______ sahaja.
A biji B longgok C pangsa D ketul
9 Di atas meja itu ada _____ kunci.
A sepucuk B sebilah C sejambak D sebutir
10 Beberapa ______ timun diletakkan di dalam pinggan nasi ayam itu.
A biji B ketul C kerat D iris
11 ________ rumah kedai telah musnah dalam kebakaran itu, termasuk kedai perabot dan kedai perabot dan kedai peralatan elektrik.
A sederet B sepintu C sebuah D selonggok
12 Setelah tewas dalam set pertama, Joko Suprianto _________ untuk memenangi set kedua.
A berebut-rebut B berhati-hati C becrhempas-pulas D bergilir-gilir
13 Badan Pak Malau ________ setelah seharian membanting tulang di sawah.
A pucat-lesi B merah-padam C letih-lesu D kusut-masai
14 Ikan-ikan yang dijual di pasar itu masih ______.
A segar-bugar B serbah-serbih C kusut-masai D tunggang-langgang
15 Alang rumah itu reput kerana dimakan ________.
A anai-anai B sumpah-sumpah C biri-biri D api-api
16 Cahaya di dalam bilik ini sungguh terana walaupun lampu tidak dipasang.
A cerah B samar C nyata D jelas
กก
17 Budak itu tunduk sahaja ketika dimarahi oleh bapanya.
A menggelang B memalingkan C mendongak D memalis
18 Orang gila itu _______ apabila dipermain-mainkan oleh beberapa orang budak nakal.
A makan angin B naik angin C atas angin D keluar angin
19 Kedatangan pasukan pelawat disambut oleh pelajar-pelajar sekolah itu dengan _______.
A tangan terbuka B ringan tangan C panjang tangan D tangan kanan
20 Ibu bapanya ______ melihat perangai anaknya yang suka balik jauh malam.
A besar hati B keras hati C hati batu D makan hati