lat1.gif (7541 bytes)

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1. Encik Azmi melarang anaknya _______________ dengan budak-budak yang nakal itu.
    A. bergal
    B. bersalam
    C. bertanya
    D. berdebat

2. Kebanyakan penduduk di kampung saya buta huruf dan tidak _______________ tinggi.
    A. berkulit
    B. bermata
    C. berpelajaran
    D. berhidung

3. Datuk Omar masih boleh membaca perkataan-perkataan yang _______________ kecil itu.
    A. berbaca
    B. berwarna
    C. berhuruf
    D. berbuku

4. Lelaki yang bertongkat dan ______________ tebal itu ialah bekas pengawai
    polis yang dihormati ramai.
    A. bermisai
    B. berjanggut
    C. bersikat
    D. bergigi

5. pelajar-pelajar Tingkatan Satu Cempaka ______________ tegak apabila Cikgu Jasni
    masuk ke dalam kelas.
    A. berjalan
    B. berbaris
    C. bersusun
    D. berdiri

6. Adrian sering membawa isteri dan anak-anaknya _______________ di tepi pantai
    pada hari minggu.
    A. berlari
    B. bermain
    C. berjalan
    D. bersiar-siar

7. Kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia supaya _______________ cermat dan
    tidak boros berbelanja untuk mengelakkan berlakunya inflasi.
    A. bersikap
    B. berjimat
    C. berwang
    D. berbuat

8. Encik Hakimi _______________ hendak menghantar beberapa orang kakitangannya
    berkursus di luar negeri untuk meningkatkan lagi produktiviti syarikatnya.
    A. berlatih
    B. bercadang
    C. berdiam
    D. berlanggar

9. Surat yang dikirim oleh sahabat penanya dan Indonesia belum______________ lagi.
    A. berbalas
    B. bersoal
    C. berbuka
    D. bersusun

10. Mariati ____________ dengan nasib yang menimpa penghuni asrama
      perempuan itu apabila asrama mereka hangus terbakar.
    A. berenam
    B. bersimpati
    C. bergaduh
    D. bermewah

abjb.gif (6135 bytes)