Bentuk Apitan ke...an
1.Kata berapitan ke...an dapat dibentuk dengan memberikan awalan ke- dan
akhiran -an pada kata dasarnya.
2.Apitah ke...an tidak berubah bentuknya apabila diimbuhkan pada kata dasar.
Makna Apitan ke...an
Apitan ke...anmempunyai beberapa makna,iaitu:
(a)tempat...bertugas atao daerah...
kedutaan =tempat duta bertugas
kerajaan =daerah raja
(b)hal tentang sesuatu
keagamaan =hal tentang agama
kehakiman =hal tentang hakim
(c)keadaan atau sifat...
kebaikan =keadaan atau sifat baik
kecantikan =keadaan atau sifat cantik
(d)sesuatu atau seseorang yang di...kan...
keinginan =sesuatu yang diinginkan
ketetapan =sesuatu yang ditetapkan
(e)tempat yang di...i
kediaman =tempat yang didiami
kedudukan =tempat yang diduduki
(f)perihal...
kedatangan =perihal datang
kepergian =perihal pergi `
contoh ayat:
1.Anak kesayangan Mak Minah akan berlepas ke England untuk
melanjutkan pelajarannya.
2.Kita janganlah menghina kebodohan orang lain.
3.Musafir itu meminta air kerana dia kedahagaan.
4.Walaupun sudah berumur dua puluh tahun, kadang-kadang Ismail berkelakuan
keanak-anakan apabila kehendaknya tidak dikabulkan oleh ibunya.
Disediakan oleh:Tan Sok Foon