Bentuk Awalan ter-
1. Ada tiga jenis awalan ter-, iaitu:
(a) ter- tak transitif
(b) ter- adjektif
(c) ter- pasif
2. Awalan ter- sekeluarga dengan awalan te- dan
tel-.
3. Awalan ter- dapat berubah menjadi te-, atau
tel-, atau tetap ter- seperti yang berikut:
Awalan | keterangan | contoh |
te- | (a) apabila bertemu dengan kata yang bermula
dengan huruf r (b) apabila bertemu dengan kata yang suku pertamanya berakhir dengan er |
te.rasa, te.rendam, te.ringkas, te.rupa te.percik, te.perlus,te.perdaya, te.sergam, te.serkup, te.serlah |
tel- | apabila bertemu dengan kata anjur | tel.anjur |
ter- | apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf yang lain daripada huruf r | ter.cengang, ter.nganga,ter.senyum |
Makna Awalan ter-
Awalan ter- mempunyai beberapa makna, iaitu:
(a) tidak sengaja men... atau di....
terambil = tidak sengaja mengambil atau diambil
terpijak = tidak sengaja memijak atau dipijak
(b) paling....
terbaik = paling baik
tertinggi = paling tinggi
(c) keupayaan (dapat di....)
terangkat = dapat diangkat
terdaki = dapat didaki
contoh ayat:
1. Dia tertelan tulang ikan semasa memakan nasi semalam .
2. Rubiah terpijak ekor kucingnya .
3. Orang tua itu tidak terpanjat tangga - tangga itu .
4. Fuad terangkat kotak - kotak yang besar itu .
5. Hua Eng ialah pelajar yang terpandai di dalam kelasnya .
6. Bangunan itulah yang tertinggi di bandar ini .
Disediakan Oleh :
SWA SIONG HENG
กก