Latihan Tatabahasa 4
Set E
1.Loceng sekolah sudah bunyi..........saya sampai ke sekolah.
A.semenjak C.sambil
B.ketika D.supaya
2.Dia memakan ubat itu.......... cepat sembuh.
A.jika C.semenjak
b.jikalau D.supaya
3...........membaca buku itu,dia pun keluar dari rumahnya.
.A.semenjak C.sehigga
B.setelah D.sampai
4..Emak menyuruh saya memadamkan televisyen................ saya tidur.
A.sehingga C.sebelum
B.setelah D.walaupun
5.Dia tidak nakal lagi........... dipukul okeh ibunya.
A.sejak C.sambil
B.sehingga D.supaya
6.Sultan itu bertitah ''.......... mahu rakyat sekalian bantu -membantu antara satu dengan yang lain. ''
A.Saya C.Beta
B.Aku D. Baginda
7.''........... hendak minum apa?''tanya pekedai itu kepada saya.
A.Awak C.Kami
B Aku D. Kita
8.''........... mesti bertutur dalam bahasa Malaysia,'' kata Lin Poi kepada kawan -kawannya.
A.Awak C.Kita
B.Aku D.Kami
9.Walaupun buku itu..........,tetapi harganya melebihi tiga puluh ringgit.
A.tebal C.kotor
B.nipis D.bersih
10.Penyanyi yang bersuara............. itu mempunyai ramai peminat.
A.kasar C.kuat
B.tajam D.merdu
11.Murid yang ............ itu telah mendapat hadiah pertama.
A.bodoh C.bijak
B.kotor D.sedih
12.Kaki saya ...........serpihan kaca ketika sedang bermain di padang.
A.terketuk C. terpijak
B.terlihat D.terlanggar
13.Gadis itu ........... di atas bangku panjang.
A.berbaris C.berbelah
b.berbaring D.bersusun
14.Tangannya ................kerana terkena air panas.
A.terbakar C.meletup
B.terhangus D.melecur
15.Wanita itu membeli ............. kicap dari kedai Encik Samad.
A.sebuah C.sebotol
B.sekeping D. sebatang
16.Lima..............bola sepak telah mengambil bahagian telah mengambil bahagian dalam pertandingan itu.
A.buah C.bidang
B.orang D pasukan
17.Di belakang rumah saya ada se............. sungai .
A.buah C .sikat
B.batang D.rawan
18.Orang yang kerjanya merawat orang sakit di hospital ialah ......... .
A.bomoh C.jururawat
B.amah D.tukang sapu
19.Tempat orang Islam bersembahyang ialah di ............. .
A.sekolah C.gereja
B.kuil D.masjid
20.Pencuri itu lari ...........apabila dikejar oleh polis.
A.bengkang-bengkok C.pucat lesi
B.lintang -pukang D.saudara -mara.