Garis kata adjektif dalam ayat-ayat di bawah ini .
1. Nasi yang dimasak oleh kakak terlalu lembik .
2. Tiang itu condong kerana dilanggar lori .
3. Kakinya terasa lenguh kerana terlalu jauh
berjalan .
4.Kami memerlukan galah yang lebih panjang untuk mengait buah
rambutan itu.
5.Puan Rasyidah menyedia makanan yang lazat untuk
keluarganya.
6.Dalam kemalangan itu, penunggang motosikal itu nyaris menemui
maut.
7.Jam tangan Ramu lambat sepuluh minit.
8.Puan Ng membalut luka anaknya dengan kain nipis.
9.Ayah memakai baju Melayu berwarna kelabu ke masjid.
10.Pakaian yang tersidai itu masih lembap.