Isikan tempat kosong dengan kata depan yang paling sesuai.
1.Mereka berada di laut_______pagi hinggalah ke petang.
A. daripada
B. dari
C. kepada
D. pada
2.Kakak menghiris bawang_______sebilah pisau.
A. untuk
B. daripada
C. dengan
D. pada
3.Perjalanan bas dari Ipoh ke Pulau Pinang telah tergendala_______ banjir.
A. bagi
B. pada
C. kepada
D. kerana
4.Pencuri itu turun_______bas lalu merampas beg tangan Mahani.
A. daripada
B. untuk
C. dari
D. pada
5.Dia sentiasa berusaha_______mencapai cita-citanya.
A. untuk
B. dengan
C. pada
D. ke
6.Saya pernah_______sana pada suatu ketika dahulu.
A. di
B. pada
C. dari
D. ke
7.Beg Kim Seng yang tertinggal itu ada_______Albert.
A. bagi
B. untuk
C. pada
D. dengan
8.Guru besar menyampaikan hadiah itu_______pemenang.
A. dari
B. daripada
C. kepada
D. pada
9.Arnab itu berlari dengan tangkas_______dalam lubang.
A. ke
B. di
C. dengan
D. kepada
10.Polis menangkap pencuri itu sebaik sahaja dia keluar_______rumah itu.
A. daripada
B. untuk
C. dari
D. pada