LATIHAN TATABAHASA 1
1. Ramli ingin menceburkan diri dalam bidang_____________.
A peniaga B perniagaan C memperniagakan D berniaga
2. Saya berpeluang untuk ____________ acara perbarisan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan.
A menyertai B beserta C penyertaan D menyertakan
3. Kumar dan Kim Boon tinggal ____________ sejak lima tahun yang lalu.
A menghampiri B berhampiran C hampir D perhampiran
4. Pak Khamis memiliki sepuluh __________ tanah sawah.
A buah B kelompok C batang D bidang
5. Pihak polis merampas beberapa ___________ pistol daripada perompak-perompak itu.
A pucuk B patah C ketul D biji
6. Emak membeli lima ___________ pisang untuk Makcik Limah.
A kotak B cucuk C sikat D biji
7. Se_________ burung merpati hinggap di bumbung rumah.
A puntung B kawan C rangkap Djambak
8. Para pelajar memperoleh pengetahuan yang berguna ___________ lawatan itu.
A daripada B dengan C dari D untuk
9. Banyak orang yang tidak bersetuju ____________ pendapat Zainal itu.
A akan B dengan C untuk D seperti
10. _________ saya _________ dia tidak akan menyertai perkhemahan pengakap pada minggu depan.
A Entah...entah B Baik...mahupun C Jangankan...pun D Makin...makin
11. _________ bapanya meninggal dunia, Serilah yang menyara keluarganya.
A Hingga B Kerana C Sejak D sewaktu
12. Rashid Sidek tersenyum __________ melambai-lambaikan tangannya kepada orang ramai.
A maka B tetapi C atau D sambil
13. Padi yang _______ itu akan dituai tidak lama lagi.
A kebiru-biruan B kemerah-merahan C kehijiau-hijiauan D kekuning-kuningan
14. Mereka _________ di tepi laut.
A porak- peranda B mandi- manda C riuh-rendah D ramah-tamah
15. Nenek dapat mengangkat kotak yang berat itu.
A besar B banyak C ringan D kuat
16. Pendaki-pendaki itu sedang berehat di puncak Gunung Kinabalu.
A bawah B dalam C kaki D atas
17. Puan Zura berasa sangsi akan kejujuran pemuda itu.
A benci B yakin C suka D lega
18. Wanita itu sanggup __________ untuk menyelamatkan anaknya.
A berat hati B berbelah bagi C bergadai nyawa D berhati batu
19. "Janganlah mencuba ________________ saya dengan kata-kata manis itu," kata Rozita kepada Ali.
A mengabui mata B mendarah daging C memeras ugut D mencuci mata
20. Adik ____________ apabila melihat alat-alat permainan itu.
A putih mata B ringat tulang C rabun ayam D rambang mata