LATIHAN 2 SET B

1. Sufian bukan saja pandai bermain hoki ___________ pandai bermain bola sepak.

  A apatah lagi            B mahupun          C tetapi juga           D tambahan pula

2. Saya akan ke sana hanya__________ kerja-kerja di sini sudah  selesai.

  A sehingga       B jika        C selagi       D sejak

3. Perempuan itu berasa yakin ___________ anaknya akan pulang pada suatu hari nanti.

  A jika             B apabila                 C kerana                D bahawa

4. Kami membeli se__________ buah anggur sebagai buah tangan untuk Rohani.

  A gugus        B tandan           C ulas           D ikat

5. Harga __________ kasut buatan Itali itu lebih mahal daripada cincin emas ini.

  A sehelai          B selembar       C sebuah          D sepasang

6. Pak Wan turun ke laut sambil membawa se___________jala.

  A keping       B rawan         Cpapan       D bidang

7. Galah yang paling panjang itu  digunakan _____________ mengait  buah kelapa.  

  A dengan      B daripada    C kepada     D untuk

8. Pasangan pengantin itu sama cantik dan sama padan ____________ pinang dibelah dua.

  A tentang       B oleh       C seperti         D sejak

9. ____________ itu sedang menggayakan baju kurung tradisional.

  A Peragawati            B Olahragawati          C Seniwati           D Sukarelawati

Soalan 10 hingga soalan 14

PIlinhan jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong yang bernombor dalam petikan di bawah ini.

  Bunga raya memang terkenal di seluruh dunia. Bunga ini       (10)      sebagai pohon yang sejenis dengan pohon kapas dan bendi. Bunga ini dapat       (11)     dalam pelbagai warna. Namun demikian, yang berwarna merah tualah yang paling      (12)      orang.

  Bunga raya dapat juga dijadikan bahan ubat untuk     (13)    . Untuk      (14)     alis mata, cecair dari kelopak bunga raya digunakan orang sebagai pewarna.

10. A golongan           B tergolong           C menggolongkan           D penggolongan

11. A menemukan      B menemui            C penemuan                D ditemukan

12. A diminati             B meminati             C berminat               D peminat

13. A mencantikkan     B kecantikan      C mempercantik     D cantik

14. A menghitamkan     B kehitaman      C hitam     D menghitam

Soalan 15 dan soalan 16

Pilihlah perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

15. Beberapa orang ahli menyokong usul yang diutarakan oleh pemuda itu.

  A membangkang          B menyoal          C menerang           D menjawab

16. Musim kemarau menyebabkan penduduk desa itu mengalami kesusahan.

  A panas          B dingin           C tengkujuh          D sejuk

Soalan 17 dan soalan 18

Pilihlah kata ganda yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini.

17. Para pelajar itu sedang _____________ mengulang kaji  pelajaran sebelum peperiksaan menjelang.

  A bergopoh-gapah       B tunggang-langgang      C bertungkus-lumus     D riuh-rendah

18. Sikapnya yang _____________ itu menyusahkan kami.

  A kecil-kecilan      B keanak-anakan        C berkejar-kejaran     D kehairan-hairanan

Soalan 19 dan soalan 20

pilihlah simpulan bahasa yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini.

19. Setelah lama tinggal di Semenanjung Malaysia, keluarga Swee Mei akan ___________ ke Sarawak pula.

   A beralih        B beralih akal        C berbelah bagi      D bertikam lidah

20. Mohanlah yang menjadi ____________ dalam persatuan belia ini.

  A titik peluh      B terang hati        Ctulang belakang         D tajam akal

homeksx.gif (2262 bytes)

กก

กก

กก