Latihan Tatabahasa
Latihan 2
1 Murid-murid __________ untuk bergiat dalam kegiatan kokurikulum.
A mengalak B tergalak C digalakkan D galakkan
2 Hutangnya kepada Encik Rahim____________ empat ratus ringgit.
A berjumlah B menjumlah C terjumlah D dijumlah
3 ___________ papan hitam kami telah hilang.
A Pemadaman B Pemadam C Berpadam D Kepadaman
4 Beribu-ribu orang__________ Dataran Merdeka untuk menyaksikan pertunjukan bunga api.
A terbanjir C kebanjiran C dibanjiri D membanjiri
5 "Ampunkan _________tuanku ,"rayu orang itu kepada Sultan Kamaruddin
A Beta B dia C saya D patik
6 Emak sedang menjahit baju.__________ tidak mahu diganggu.
A Saya B dia C Kami D Ia
7 Muka Salmiah menjadi__________ semasa dia marah.
A putih B merah C pucat D ungu
8 Bayi comel itu sedang tidur dengan_________.
A masak B sedap C diam D nyenyak
9 Saya tidak tahu___________ yang memasak nasi itu.
A apa B bila C berapa D siapa
10 Semua murid hadir ke kelas tambahan semalam__________ Azizi.
A hanya B kecuali C seraya D serta
11 ________ kita rajin belajar tentu kita dapat lulus peperiksaan itu.
A Kerana B Supaya C Jika D Lalu
12 Dia selalu berdoa_______ keluarganya sentiasa sihat.
A agar B sambil C sejak D tetapi
13 Emak menghidangkan se_________ kopi dan tiga________ roti
A mangkuk----keping B biji----ulas C cawan----keping D cawan---buah
14 Pak Busu mempunyai se________ bendang di kampungnya.
A biji B bidang C keping D buah
15 Salasiah memasukkan dua__________ filem ke dalam begnya.
A helai B biji C gelung D gulung
16 Buatlah kerja ini dengan___________ supaya kita boleh rehat.
A perlahan-lahan B cepat-cepat C baik-baik D lama-lama
17 Emak sedang________ dengan Makcik Lina di kebun bunga.
A berkata-kata B Bersiul-siul C berbual-bual D Bercakap-cakap
18 Samy suka campur tangan dalam__________ orang lain .
A hal-hal B selok-selok C kerja-kerja D hal-ehwal
19 Makcik itu berasa___________ atas perbuatan anaknya yang jahat.
A hancur hati B iri hati C hati batu D geli hati
20 Pasangan itu telah berumah tangga selama 10 tahun tetapi sampai sekarang,mereka masih belum mempunyai________ lagi
A anak bapa B rabun ayam C cahaya mata D jinak lalat