Latihan Tatabahasa
Latihan 3
1 Tiap-tiap orang yang________ gotong-royong itu diberi jamuan makanan malam.
A memasuki B menyertai C menuruni D mengambil
2 Umurnya baru dua tahun tetapi_________ bercakap.
A petah B bodoh C kaku D malu
3 Kita harus memakan makanan yang_________.
A berlebih B berkhasiat C bertimbun D berselera
4 Encik Sani menghadiahkan se________ cincin berlian kepada isterinya pada hari ulang tahunnya.
A kaki B utas C biji D bentuk
5 kemalangan itu telah mengorbankan nyawa tiga __________ wanita.
A kawan B orang C pasukan D ekor
6 Saya membawa se__________ anggur untuk kawan saya di hospital.
A sikat B laras C gugur D utas
7 Salmiah menyalin karangannya dalam se________ kertas yang bersih.
A cebis B lembar C helai D kajang
8 _________ kami sampai ke kilang itu pada waktu tengah hari.
A Perombong B Rombongan C Berombong D Dirombong
9 Budak yang jahat itu ________ tebuan.
A tersengatan B disengat C bersengat D menyengat
10 Peperiksaan sedang________ di dewan sekolah.
A berlangsung B terlangsung C langsung D dilangsungkan
11 _____________ makan kuih-muih yang dihidangkan.
A Silakan B Silaan C Silalah D Silahnya
12 Mereka mula berlari apabila tembakan__________.
A dilepaskan B menlepaskan C berlepas D terlepas
13 Semut itu melata____________ atas sebuah busut.
A pada B dari C kepada D di
14 Ia mengejar pencuri itu________ menangkapnya.
A seraya B tetapi C lalu D supaya
15 Dia akan didenda_______ dia dapat membuktikan bahawa dia tidak bersalah.
A dan B melainkan C kerana D jika
16"_________" mahu semua rakyat bersatu padu dan bekerjasama"titah Sultan Kassim.
A Saya B Patik C Hamba D Beta
17 Pengawai kesihatan datang ke sekolah ._______ hendak memberi ucapan.
A Mereka B Saya C Hamba D beliau
18 Aini tidak dapat makanan kerana___________ nya luka.
A langit-langit B siku-siku C mata-mata D jantung-jantung
19 Mereka_________ ketika berjumpa pada Hari Raya Puasa.
A berkejar-kejar B bermakan-makan C bermaaf-maafan D berkasih-kasih
20 ___________ yang dimasak oleh makciknya sungguh enak.
A Lauk-pauk B Minum-minuman C Nasi-nasa D Buah-buahan