Latihan Tatabahasa
Latihan 4
1 Jangalah petik buah betik itu.Buah itu masih____________.
A mentah B masak C masin D busuk
2 Dengarlah pengumuman ini dengan________.
A diam B teliti C taat D kuat
3 Sudah lama Junaidah tidak__________ saya.
A melihat B memandang C menghubungi D menghayati
4 Keindahan alam semula jadi di Pulau Tioman merupakan daya____________ kepada pelancong.
A tarikan B penarik C tertarik D ketarikan
5 Buku yang semahal itu tidak___________ oleh saya.
A dibeli B berbeli C pembeli D terbeli
6 Jasa baik Cikgu Halim akan kami__________.
A ingatkan B ingati C beringat D keringatan
7 Annuar suka membuang masa dan________ kosong.
A bertanya B bertutur C bercerita D berbual
8 Budak perempuan itu rajin__________ berusaha.
A tetapi B kerana C supaya D serta
9 Saya menanti kepulangan ayah saya_____________ larut malam.
A ke B pada C di D sampai
10 Dia terpaksa bekerja kuat__________ menyara hidup keluarganya.
a supaya B untuk C sambil D lalu
11 Saudarikah_________ saya yang harus pergi ke sana?
A dan B atau C sambil D lalu
12 Emak membeli dua__________ tikar dari Pasar Seni.
A helai B bekas C bidang D ulas
13 Tolong bubuhkan se___________ garam ke sup itu jika anda rasa sup itu tawar.
A guni B kampit C gelas D cubit
14 Di belakang rumah saya terdapat se________ buluh.
A untai B ruas C rumpun D sikat
15 Ali seorang yang __________ ,dia cepat memahami pengajaran guru.
A otak udang b otak kering C otak padat D otak cair
16 Mereka sekeluarga pergi bercuti di negeri-negeri_________.
A bawah angin B naik angin C ambil angin D cangkul angin
17 Apabila cikgu mengajar.Kita mestilah_________.
A pasang mulut B pasang kaki C pasang telinga D pasang hati
18 Suasana di pasar riuh rendah dengan suara orang _______ harga.
A jerit-menjerit B pekik-memekit C maki-hamun D tawar-menawar
19 Semua________ nenek datang menziarahinya di kampung.
A cucu-cucu B cucu-cicit C cucu-cuit D cucu-mak
20 _________ bagi bulatan ini ialah 10 kaki.
A Sesiku B Bebenang C Jejari D kekisi