Latihan Tatabahasa
Latihan 5
1 Pihak polis telah menangkap se________ pelajar kerana ponteng sekolah.
A rawan B kumpulan C bilah D suap
2 Pasu bunga ibu pecah apabila se_________ buah kelapa gugur dan mengenainya.
A buah B titik C tandan D keping
3 Tiga_______ papan lantai rumah itu telah reput kerana dimakan anai-anai.
A keping B rawan C bilah D suap
4 Emak terkejut apabila mendapati dua____________ rantainya telah hilang.
A pasang B rawan C bilah D utas
5 Siew Hoon meminjam beberapa_____________ buku dari perpustakaan.
A buah B pasang C keping D kumpulan
6 Puan Tan memotong betik itu dengan se__________ pisau.
A rawan B bilah C tandan D titik
7 Dalam __________ pulang dari sekolah,saya bertemu dengan Kamal.
A jalanan B perjalanan C penjalanan D dijalanankan
8 Kam Loi tidak dapat menahan_________ nya apabila menerima berita buruk itu.
A kesedihan B menyedihkan C penyedihan D bersedih
9 Mata___________ Pakcik Leong ialah menanam sayur dan menternak ikan.
A mencari B dicari C pencarian D mencarikan
10 Nora telah kehilangan kad _____________ nya semasa dia ke bandar tadi.
A kenalan B pengenalan C pengenal D dikenali
11 Azmi sampai lambat ke sekolah kerana dia___________ bas tadi.
A peninggalan B tinggalkan C meninggalkan D ketinggalan
12 Bas sekolah itu tidak dapat bergerak lagi kerana sudah__________minyak.
A kehabisan B menghabis C penghabisan D dihabiskan
13 Cikgu Zali meminta bantuan Dolah dan Rahhman untuk___________ kotak-kotak itu.
A memindahi B pindahan C memindah D memindahkan
14 Sehelai kain batik_________ tubuh anak kecil itu.
A diselimuti B menyelimutkan C menyelimuti D diselimutkan
15 Cikgu Wang___________ murid-murid kelas ini supaya beratur.
A mengarahkan B arahan C mengarahi D arahkan
16 Wee Choi__________ anak tangga itu dengan berhati-hati.
A naiki B menaiki C dinaiki D kenaikan
17 Jamuan itu diadakan untuk__________ guru mereka yang akan bersara.
A merai B meraikan C keraian D diraikan
18 Mereka sedang__________ hidangan tengah hari ketika saya sampai.
A menikmatkan B dinikmat C dinikmatkan D menikmati
19 Kaki Kim Fatt patah apabila dia tergelincir dari ___________ yang kelima itu tadi.
A anak tiri B anak piatu C anak yatim D anak tangga
20 Untuk menarik perhatian ibunya yang sedang memasak,Chin Fern___________
A senyum kambing B batuk-batuk kambing C senyum tawar D mandi kambing