Jawapan Latihan Tatabahasa
1 Semasa keluar dari hutan, Wak Karman membawa beberapa ___________ rotan.
A gulung B longgok C berkas D kumpulan
2 Di sudut bilik itu ada _______ rambut.
A sebidang B segulung C seutas D segumpal
3 Ibu menggunakan beberapa ____________ tali untuk mengikat bungkusan itu.
A utas B urat C patah D gulung
4 Untuk membuat langit-langit bilik itu, Mak Som memerlukan beberapa _______________ kain.
A untai B bidang C lembar D gelung
5 Pelari itu ________ selepas menamatkan acara lumba lari 100 meter.
A terkinja-kinja B tersedu-sedan C terkial-kial D tercungap-cungap
6 Setelah tiga bulan terlantar di hospital, muka pesakit itu kelihatan ____________.
A segar-bugar B pucat-lesi C hitam-legam D letih-lesu
7 Wajah pengantin perempuan itu kelihatan ________ setelah didandan.
A berseri-seri B berkilau-kilauan C bersinar-sinar D berkelip-kelip
8 Orang ramai ________ di pintu masuk stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.
A berlumba-lumba B berpusu-pusu C berduyun-duyun D berulang-alik
9 Di dalam hutan itu, ada banyak binatang buas.
A ganas B ganjil C garang D jinak
10 bunga-bunga itu kelihatan layu kerana tidak disirami dengan air.
A kelam B mati C segar D pudar
11 A Kawan karib saya Amran akan ke sini dengan bapa, abang, dan ibunya.
B Kawan karib saya, Amran akan ke sini dengan bapa, abang, dan ibunya.
C Kawan karib saya Amran, akan ke sini dengan bapa, abang, dan ibunya.
D Kawan karib, saya, Amran, akan ke sini dengan bapa, abang, dan ibunya.
12 A " Saya mendapati pelajaran kamu semakin merosot sejak kebelakangan ini. Mengapa, Zaharah ?" Cikgu Rosli bertanya.
B " Saya mendapati pelajaran kamu semakin merosot, sejak kebelakangan ini, mengapa Zaharah?" Cikgu Rosli bertanya.
C "Saya mendapati, pelajaran kamu semakin merosot sejak kebelakangan ini. Mengapa Zaharah?" Cikgu Rosli bertanya.
D " Saya, mendapati pelajaran kamu semakin merosot sejak kebelakangan ini. Mengapa, Zaharah?" Cikgu Rosli bertanya.
13 A "Cepat siapkan kerja kamu jangan tangguh-tangguh," cikgu berkata kepada murid-muridnya.
B "Cepat siapkan kerja kamu, jangan tangguh-tangguh!" cikgu berkata kepada murid-muridnya.
C "Cepat siapkan kerja kamu. Jangan tangguh-tangguh!" kata cikgu kepada murid-muridnya.
D "Cepat siapkan kerja kamu. Jangan tangguh-tangguh," kata cikgu kepada murid-muridnya.
14 Pemuda yang berbaju belang itu abang ipar saya.
A Siapakah pemuda yang berbaju belang itu?
B Mengapakah pemuda itu berbaju belang?
C Mengapakah kamu memanggil pemuda itu abang?
D Adakah kamu kenal pemuda berbaju belang itu?
15 Kejohanan itu dibatalkan kerana pihak penganjur menghadapi masalah kewangan.
A Apakah masalah yang dihadapi oleh pihak penganjur?
B Bilakah kejohanan itu dibatalkan?
C Mengapakah kejohanan itu dibatalkan?
D Siapakah yang menganjurkan kejohanan itu?
16 Mengapakah orang ramai tidak dibenarkan memasuki kawasan itu?
A Orang ramai haruslah berhati-hati ketika memasuki kawasan itu.
B Kawasan itu berbahaya dan menjadi tempat pasukan tentera berlatih.
C Orang ramai yang ingin memasuki kawasan itu haruslah meminta kebenaran daripada pihak berkuasa.
D Orang ramai yang memasuki kawasan itu akan didakwa oleh pihak berkuasa.
17 Adakah kamu yakin bahawa kamu akan lulus dalam peperiksaan itu?
A Ya, saya pernah mengambil peperiksaan itu.
B Ya, saya yakin bahawa saya akan lulus dalam peperiksaan itu.
C Ya, saya telah berusaha sungguh-sungguh agar lulus dalam peperiksaan itu.
D Ya, saya akan menduduki peperiksaan itu.
18 l Barang-barang yang dijual di kedai itu laris kerana harganya berpatutan.
ll Buatlah apa-apa yang berpatutan asalkan tidak mengyinggung perasaan orang lain.
lll Kita berpatutan bertimbang rasa terhadap orang-orang cacat.
lv Dia tidak berpatutan berkata demikian pada ibu bapany
A l dan ll
B l dan lll
C l, ll, dan lll
D l, ll, lll, dan lv
19 l Pakaian pengemis itu compang-comping.
ll Rambutnya compang-comping kerana ditiup angin.
lll Warna cat kereta itu compang-comping kerana tidak berbasuh.
lv Rumahnya compang-comping kerana tidak pernah dikemas.
A l saja
B l dan ll
C l, ll, dan lll
D l, ll, lll, dan lv
20 l Dia mencelah ketika bapanya sedang bercakap dengan ibunya.
ll Buah langsat itu telah kuning mencelah.
lll Kamarul mencelah di tengah-tengah orang ramai untuk melihat kemalangan itu
lv Janganlah mencelah orang yang kurang bernasib baik kerana mereka juga berperasaan seperti manusia biasa.
A l dan ll
B l, ll, dan lll
C l, lll, dan lV
D l, ll, lll, dan lv
กก