Latihan Tatabahasa 2
1 Hamidah memegang tangan adiknya _______ sewaktu melintasi jalan raya yang sibuk.
A cepat-cepat B rapat-rapat C kuat-kuat D erat-erat
2 Oleh sebab _________ ke pejabat, Ali terlupa membawa dompetnya.
A tergesa-gesa B terkinja-kinja C terkial-kial D tergagap-gagap
3 Ayah memasang _________ di bilik kakak dengan kain berwarna putih.
A kekisi B kekabu C lelangit D pepenjuru
4 ________ berehat selama setengah jam, kami meneruskan perjalanan.
A sambil B setelah C sewaktu D serta
5 Ismail tidak datang ke sekolah ________ dia tidak sakit.
A dan B tetapi C kerana D walaupun
6 "_______ Sultan memerintah rakyat jelata agar datang ke istana," titah Bendahara Melaka.
A Tuanku B Patik C Beta D Baginda
7 "______ berjanji akan menuruti segala peraturan yang ditetapkan," kata para pengakap itu.
A Kita B Saya C Kalian D Kami
8 Emak telah membeli beberapa _______ jagung rebus di pasar malam.
A Ulas B Biji C Tonggol D Kerat
9 Ibu menyuapi adik dengan ______ nasi.
A Seulas B Sebiji C Sepinggan D Sekepal
10 Tilam itu ______ dan selesa.
A empuk B lembik C lembut D lemah
11 Ayah _______ basikal tiap-tiap pagi untuk pergi ke kebun.
A menarik B menghayun C mengayuh D memandu
12 Ular itu ______ kaki kanak-kanak itu.
A memagut B menggerit C menggigit D mengunyah
13 Para pekerja itu ________ sewaktu membina jambatan pada waktu tengah hari.
A bermandi kerbau B bermandi peluh C berhati tikus D bergadai nyawa
14 Seseorang yang _______ akan banyaklah kawannya.
A ringan kepala B terang hati C ringan mulut D berat mulut
15 Pak Kamil memagar kebunnya dengan beberapa ______ dawai.
A tangkai B gelung C batang D potong
16 Emak membeli _______ permaidani yang berwarna biru.
A sekeping B sebidang C sekerat D sekaki
17 Beberapa _______ air batu yang telah hancur dimasukkan kedalam gelas itu.
A jemput B ketul C kepal D gugus
18 Di belakang rumahnya ada ditanam beberapa ______ serai.
A batang B dahan C pohon D rumpun
19 Puan maznah ______ di halaman rumah menanti kepulangan anaknya.
A mundar-mandir B lalu-lalang C lintang-pukang D bolak-balik
20 Sayur-sayuran di kebunnya _____.
A cantik-molek B serbah-serbih D tumpah-ruah D segar-bugar