Latihan Tatabahasa 5
1 _______ antara dua orang adik-beradik yang sudah lama berpisah itu sungguh mengharukan.
A penemuan B pertemuan C menemukan D menemui
2 Ibu kanak-kanak yang hilang itu tidak dapat berbuat apa-apa kecuali ________ kepada Tuhan.
A berserah B menyerah C terserah D menyerahi
3 Sebahagian besar _______ penonton telah pulang kerana persembahan pemuzik itu membasankan.
A dari B kepada C daripada D pada
4 Mereka bangun _______ turun ke serambi rumah.
A kerana B lalu C sambil D ketika
5 Lelaki yang gemuk itu masih makan ______ telah kenyang.
A ataupun B jikalau pun C.meskipun D. mahupun
6.Dari jauh kelihatan ________ pulau.
A.serumpun B.selonggok C.segugus D.sebidang
7. Datuk membawa sebatang tongkat dan _________ payung.
A. seikat B.sehelai C. sekaki D.sekeping
8.________ anting -anting menghiasi telinganya.
A. sebentuk B sehelai C seulas D .sepasang
9.Murid-merid dikehendaki menulis beberapa __________ pantun.
A. rangkap B .patah C. buah D. baris
10.Linggam selalu lewat ke sekolah. __________, dia didenda oleh guru displinnya.
A. namun begitu B. selepas itu C. lantaran itu D, sungguhpun begitu
11.Badri telah mencuba sungguh-sungguh unyuk memenangi perlumbaan itu. _________,Kejayaan masih belum menyebelahinya.
A.walau bagaimanapun B.dengan demikian C. oleh itu D. lagipun
12.Pak Husner sayang akan anak-anaknya._________ ,anaknya yang bongsu itu.
A.lebih-lebih lagi B.Sungguhpun demikian C. tambahan pula D. dengan demikian
13.Nasi yang dimasaknya ________ dan berkerak.
A.busuk B. hangit C. basi D.tengik
14.Gandum ________ dari kampit plastik yang bocor itu.
A. berkeliaran B. berhamburan C. berserakan D. bertempiaran
15.Ibu meletakkan cerek di atas api untuk __________- air .
A.menjerang B.menanak C.mengukus D. merebus
16 .Sungai yang _______ itulah tempat penduduk kampung ini mandi -manda dan membersihkan pakaian.
A sebentuk B sebuah C sebatang D sebidang
17.Anggota polis merampas se________ pistol serta lima ______ peluru daripada lelaki itu.
A pucuk.....butir B batang......biji C butir....buah D laras.....das
18 Chiew Ai membeli se_____ sabun dan se________ pisang dari kedai Pak Muin.
A biji...gugus B buku...sikat C butir...buah D bentuk...rangkap
19 " ______ yang tua _____ yang muda harus menjaga kesihatan ," kata doktor itu.
A baik...mahupun B jangankan...sedangkan C sedangkan...tambahan pula D bukan saja...bahkan juga
20 _____ tong sampah disediakan, _____ masih ada yang membuang sampah merata-rata.
A walaupun...sedangkan B sedangkan...tetapi C sungguhpun...namun D biarpun...tambahan pula.