latihan tatabahasa set E
latihan 2
1 Masakan yang__________ ini dimasak oleh tukang masak yang terkenal.
A elok b baik c cantik D enak
2 Mangsa kemalangan jalan raya itu mendapat kecedaraan_____________ di bahagian kakinya.
A teruk B berat C kuat D tenat
3 ___________ bungkusan itu telah dibuat oleh Yap Kee dan Kok Lian,dua minggu yang lalu.
A Kiriman B Pengiriman C Pengirim D Kirimkan
4 Budaya asing sering menjadi_____________ setengah-setengah remaja hari ini.
A pengikut B ikutan C diikut D mengikut
5 Pembinaan jambatan yang menghubungkan kedua-dua buah bandar itu___________ belanja sebanyak RM 2 juta.
A tertelan B menelan C ditelan D menelankan
6 Makanan yang manis seperti gula-gula dan ais krim sangat ___________ oleh kanak-kamak.
A digemari B disenangi C dikehendaki D dicintai
7 Penduduk-penduduk di pinggir hutan itu sering____________ oleh binatang liar seperti gajah dan harimau.
A digertak B disenangi C ditemui D diancam
8 Wee Ling mengajak sajak itu untuk ditunjukan khas___________ ibunya yang tersayang.
A bagi B ke C kepada D pada
9 "Saya akan pulang semula ke sini____________ saya rasa tidak sesuai tinggal disana,"kata Melissa.
A jika B kerana C walaupun D atau
10 Seramai 40 orang murid dari Sekolah Bandar Mahkota akan mengadakan lawatan__________- belajar ke ibu negara.
A kerana B sambil C sementara D lalu
11 "Persahabatan saya dengan MeeYee sangat rapat,____________saya sudah mengganggapnya seperti adik beradik,"kata Kent.
A lalu B atau C malah D jika
12 Semua tanaman di kebun Ah Hock telah musnah kerana dirosakkan oleh___________ monyet yang datang dari hutan.
A seekor B sekawan C sekelompak D seangkatan
13 Encik Goh menghadiahkan_____________ rantai emas yang diberinya dari Sabah kepada isterinya.
A sejalur B sebuah C seutas D selembar
14 Orang kaya itu telah menderma beberapa____________ beras kepada keluarga Tan yang malang itu.
A kampit B bungkus C ikat D kotak
15 Swee Lian dan kawan-kawannya tidak percaya kepada Gopal kerana dia memang pandai___________.
A besar hati b hidung tinggi C mandi peluh D membuat helah
16 Cheah Soo selalu ingat akan pesan ayahnya supaya tidak____________ dalam urusan orang lain.
A panjang tangan B lepas tangan C kena tangan D campur tangan
17 Mary semakin angkuh apabila dia merasakan dirinya sebagai_____________ dalam pasukan hoki sekolahnya.
A anak angkat B anak emas C anak kandung D anak buah
18 "Pada suatu ketika dahulu kawasan ini penuh dengan__________," kata Pak Wee kepada cucu-cucunya.
A semak samun B rumput-rampai C lalu lalang D simpang siur
19 Anneselalu terkenang akan kisah____________ semasa kecil dahulu.
A riang-ria B suka-duka C keluh-kesah D gurau-senda
20 Ikan yang dibawa pulang oleh kumpulan nelayan itu___________ belaka.
A comel-comel B baru-baru C segar-segar D cantik-cantik