Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
1) Pak Cik Zamri menggunakan___________untuk menggemburkan tanah di kebun
sayurnya.
A. pencangkuk
B. penggembur
C. pengait
D. pengail
2) Encik Marzuki telah mengupah seorang___________yang mahir untuk menghias
pelamin anak perempuannya.
A. penyambut
B. penghias
C. pemimpin
D. penghidang
3) Anak-anak ayam yang baru menetas itu besarnya se_____________sahaja.
A. penumbuk
B. pemukul
C. pengeram
D. pemeluk
4)____________Sekolah Menengah Hamzah mengadakan majlis perpisahan di dewan
sekolah sempena pesaraan beliau dalam bidang penguruan.
A. Penulis
B. Pensyarah
C. Pengetua
D. Pengarang
5) Pada bulan puasa, raamai_____________menjual pelbagai jenis lauk dan kuih untuk
hidangan berbuka puasa.
A. pembeli
B. peniaga
C. penipu
D. pelakon
6) Azlan mengambil buah rambutan yang sedang masak ranum itu dengan menggunakan
___________buluh.
A. penjaring
B. pengait
C. pemukul
D. penggali
7) Pesakit yang menghidap___________lemah jantung itu dinasihatkan oleh doktor
supaya tidak mengambil makanan yang berlemak.
A. pembalut
B. pesakit
C. penapis
D. penyakit
8) Sikapnya yang terlalu_____________itu menyebabkan dia merasakan dirinya tidak
ubah seperti kera sumbang.
A. pendiam
B. peramah
C. penyedih
D. periang
9) Peniaga itu menggunakan______________untuk menimbang barang-barang jualannya.
A. penggelak
B. penimbang
C. penyukat
D. penuras
10) Mazlin bercita-cita menjadi seorang_______________yang dedikasi dan
bertanggungjawab untuk melahirkan generasi muda yang berwawasan dan beraklak tinggi.
A. pendidik
B. penyair
C. pemuzik
D. pemain