Latihan simpulan Bahasa 2
Gantikan perkataan-perkataan yang berhuruf tebal dalam ayat-ayat di bawah dengan simpulan bahasa yang sesuai.
makan angkat,
lepas tangan,
keras
hati, kera sumbang, kata putus, jatuh hati, isi hati, ikut jejak, ibu angkat, hati batu. |
1. Laki-laki yang kaya itu tidak menaruh belas kasihan terhadap orang miskin. ( )
2. Abdullah baru datang ke kampung itu. Dia mengambil dan memelihara seorang wanita sebagai ibu sendiri. ( )
3. Abang Kim Seng hendak mengikut contoh ayahnya. ( )
4. Kawan saya melahirkan perasaan yang terkandung dalam hati. ( )
5. Sebab apakah ibu saudara kamu itu berasa tersinggug? ( )
6. Dalam mesyuarat itu mereka mencapai keputusan yang terakhir.( )
7. Jangan perdulikan budak itu dia memang seseorang yang tidak suka bergaul dengan orang lain. ( )
8. Abang Ah Meng memang mempunyai kemahuan yang keras, ( ) akhirnya dia berjaya menjadi jurutera.
9. Dalam pertengkaran itu, kami tidak campur tangan.( )
10. Kawan saya yang berpangkat itu seseorang yang suka dipuji. ( )
กก
กก