LATIHAN3

Tandakan (B) pada ayat betul dan (X) pada ayat yang tidak betul .

1. Anjing itu sangat garang. (    )
2. Saya amat berlari dari sini ke kedai itu. (    )
3. Di antara kami, dialah yang paling tinggi. (    )
4. Anis amat menjerit apabila mendengar berita itu. (    )
5. Murid baru itu amat pandai melukis. (    )
6. Bajunya lebih merah daripada baju saya. (    )
7. Pisau itu perlu diasah kerana tumpul. (    )
8. Wajah Rozita masam apabila disindir oleh kakaknya. (    )
9. Umurnya baru dua belas tahun tetapi dia amat besar daripada ibunya. (     )
10. Buah rambutan di sekeliling rumahnya benar manis. (    )

ksjb.gif (6623 bytes)

กก