Latihan Tatabahasa
1.Polis itu menggunakan ________pistol untuk menembak perompak bank itu
A.sepasukan B.sepuntung C.sepotong D.sepucuk
2.Orang tua itu amat kaya tetapi ________.Sesen pun sangat payah dia hendak menderma.
A.telinga lipis B.tangan terbuka C.tangkai jering D.tidur ayam
3.Omar tidak dipilih untuk mewakili pasukan bola sepak sekolahnya kerana dia seorang______.
A.kaki ayam B.kaki bangku C.kaki botol D.kaki judi
4."Jangan lupa membawa ______santa semasa kau melawatnya di hospital nanti,"pesan emak Farid.
A.buah tangan B.buah hati C.buah mulut D.buah fikiran
5.Saya akan bermain bola pada tiap-tiap hari ________hari Ahad.
A.supaya B.tetapi C.kecuali D.kerana
6.Api itu menyambar atap__________membakar rumahnya.
A.selagi B.lalu C.walaupun D.sejak
7.Pak Abu membajak sawahnya_______jentera pembajak itu.
A.kepada B.pada C.daripada D.dengan
8.Kempen itu diadakan untuk menyedar orang ramai_______Kepentingan kebersihan kawasan ini.
A.oleh B.demi C.tentang D.kepada
9.Orang yang bersemangat______tidak mudah berputus asa.
A.kaku B.lemah C.gigih D.licin
10.Sejak anaknya menjadi doktor,kehidupan Pak Awang sekeluarga bertambah____.
A.jernih B.cerah C.keras D.lancar
11.Pemandangan alam yang indah_____itu sungguh mempesonakan para pelancong dari luar negeri.
A.permai B.comel C.molek D.segak
12.Ayah memuji masakan ibu yang_______itu.
A.masam B.manis C.lemak D.lazat
13.Orang buta itu_____dilanggar oleh kereta semasa melintas jalan raya itu.
A.hati-hati B.mata-mata C.nyaris-nyaris D.orang-orang
14.Padi yang sedang masak itu berwarna_________.
A.kebiru-biruan B.kehijau-hijauan C.kekuning-kuningan D.kemerah-merahan
15.Sikap_______perlu disemai dan diamalkan oleh masyarakat demi mewujudkan perpaduan.
A.sayang-menyayangi B.umpat-mengympat C.hormat-menghormati D.cela-mencela
16.Dia pergi kekedai buku____oleh kakak.
A.berteman B.menemani C.ditamani D.menemankan
17.Dia memberikan buah-buahannya yang___________kepada jirannya.
A.berlebih B.berlebihan C.melebih D.melebihkan
18.Guru itu______kerana dia sangat bertanggungjawab.
A.dihormati B.berhormat C.menghormati D.terhormat
19.Polis_______dua pucuk pistol dalam serbuan itu.
A.merampas B.memanggil C.menyahu D.mencari
20._________ke gunung kinabalu itu terpaksa dibatalkan kerana cuaca buruk.
A.Daki B.Mendaki C.Didaki D.Perndakian
กก
กก