Latihan Tatabahasa 5
Set I
กก
1. Pemidato yang_____itu sedang membalas hujah pihak lawan.
A.lincah B.laju C.petah D.rancak
2. Kok Keong memotong kek berbentuk______itu sempena hari jadinya.
A.lurus B.bulat C.keras D.sempit
3. ______Foo Seng di majlis perkahwinan Chew Man telah mengeratkan persahabatan mereka semula.
A.Kemasukan B.Ketibaan C.Kepergian D.Kehadiran
4. Goh Seng_____kaki sejauh empat kilometer untuk sampai ke rumah pak ciknya yang terletak di kawasan pedalaman.
A.berjalan B.perjalanan C.menjalankan D.terjalan
5. Semua pelajar yang akan mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur dikehendaki______di pekarangan sekolah.
A.himpunan B.berhimpun C.menghimpun D.terhimpun
6. Linda ditugaskan oleh ibunya______jambangan bunga yang ditempah oleh pelanggan mereka.
A.penghantaran B.dihantar C.hantaran Dmenghantar
7. Anggota polis yang mengadakan sekatan jalan raya itu______semua kenderaan yang ditahan.
A.memeriksa B.menyelidik C.mengkaji D.menyemak
8. "Nampaknya cuaca hari ini sungguh panas," kata Tai Ling______mengelap peluh di dahinya.
A.kerana B.sementara C.sambil D.tetapi
9. Puan Josey menanam pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya______kelihatan menarik.
A.jikalau B.supaya C.setelah D.lalu
10. _____berada di kampung nelayan itu,fikiran Mei Ling menjadi tenteram.
A.Walaupun B.Sementara C.Kerana D.Semenjak
11. Ramlah menerima hadiah itu______perasaan terharu.
A.dengan B.demi C.untuk D.hingga
12. Encik Lim dan isterinya sungguh gembira kerana mendapat______anak kembar.
A.seorang B.sekawan C.sepasang D.sekumpulan
13. Di tengah-tengah bandar itu terdapat_______bukit yang mempunyai banyak kesan sejarah.
A.sebuah B.sebidang C.sebiji D.sekeping
14. Ketika bertemu dengan orang tua itu,Devi tidak bercakap walaupun______perkataan.
A.serangkap B.seuntai C.sepatah D.sebutir
15. Sikap Azmir yang suka______selepas melakukan sesuatu pekerjaan selalu ditegur oleh emaknya.
A.kena tangan B.lepas tangan C.panjang tangan D.cepat tangan
16. Semua cendera mata yang ada di kedai itu dijual dengan______.
A.harga diri B.harga pokok C.naik harga D.harga mati
17. Pada cuti semester yang akan datang,ayah akan membawa saya pergi_____ke Pulau Langkawi.
A.makan gaji B.makan angin C.makan angkat D.makan nasihat
18. Adalah lebih mudah belajar memandu di jalan raya yang lurus daripada yang_____.
A.lintang-pukang B.kucar-kacir C.simpang-siur D.bengkang-bengkok
19. Setelah bekerja keras mengusahakan tanaman kelapa sawit itu,kini keluarga Pak Talib hidup______.
A.bolak-balik B.pindah-randah C.senang-lenang D.serba-serbi
20. Semua bayi yang menyertai peraduan bayi sihat itu______dan kesihatan riang serta cergas.
A.comel-comel B.molek-molek C.ayu-ayu D.kacak-kacak
กก