awlat5.gif (8724 bytes)

Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan perkataan yang sesuai.

1.  Apabila kami tiba di kampung itu, kami ternampak sawah-sawah padi yang ________dari jauh.

2.  Penuntut-penuntut pusat pengajian tinggi terpaksa _________ rumah di luar kampus kerana       
     penginapan di asrama sudah penuh.

3.  Perusahaan _________ nanas terdapat di beberapa tempat di Johor Bahru.

4.  Osman tidak dapat __________ kerana masih di bawah umur 21 tahun.

5.  Kapal terbang dari Kota Bharu itu ___________ di Lapangan Terbang Sultan Aziz Shah pada  
     pukul 8.45 malam.

6.  Bercucuk tanam dan __________ ikan air tawar merupakan pekerjaan utama kebanyakan         
     penduduk di kampunng saya.

7.  Haslina __________ kepada ayahnya supaya membenarkan dia berkelah ke Desaru bersama  
     kawan-kawannya.

8.  Mustaza bercita-cita untuk __________ seorang ahli perniagaa yang berjaya pada suatu hari      
     nanti.

9.  Mak Cik Naimah leka ___________ ketupat sehingga tidak sedar akan kedatangan anak          
     cucunya.

10. Pada musim tengkujuh, para nelayan tidak dapat __________ ikan kerana laut bergelora.

merebus mengundi menangkap menjadi mengetin
menguning menyewa mendarat merayu menternak

jwp.gif (5252 bytes)

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1.  Beberapa orang penyelam telah _______ ke dalam sungai itu untuk mencari sebuah peti           
     yang tenggelam di situ.

2.  Pasukan keselamatan negara telah berjaya ______ beratus-ratus pendatang haram yang cuba             menyusup masuk ke negara ini mekalui jalan laut.

3.  Haji Hamdan sedang ______ bumbung rumahnya yang bocor itu.

4.  Azman terpaksa ______ tanah pusaka ibunya untuk membayar hutang-piutangnya dengan     
     pihak  bank.

5.  Para peserta yang menyertai Kursus Kepimpinan Pelajar itu ______ arahan yang diberikan
     oleh pihak pengurusan dengan teliti.

6.  Biskut yang dibuat oleh Nurul Izati ______ kerasnya kerana terlebih tepung gandum.

7.  Walaupun Ismail tidak berpelajaran, tetapi dia mempunyai cita-cita yang _____ tinggi.

8.  Pasukan penyelamat mempergiatkan usaha untuk _____ mayat mangsa-mangsa yang
     tertimbus akibat tanah runtuh di lereng bukit itu.

9.  Harun dan Adika sedang _____ semak samun yang semakin menebal di kebun getah arwah               datuk mereka.

10. Selepas kematian suaminya, Mak Cik Rokiah _____ kuih-muih di sekeliling kampung untuk               menyara hidup anak-anaknya

menyelam menjual mendengar membatu menebas
menangkap mengatap menggunung mencari menjaja

กก