Bentuk Amalan pen-
1. Awalan pen- sekeluarga dengan amalan pe-, pem-, peng-, dan penge-.
Ini menunjukkan bahawa awalan pen-, pe-, pem-, peng-, dan penge- ada hubungannya dengan
awalan men-, me-, mem-, meng-, dan menge-.
2.Awalan pen- dapat berubah menjadi pe-, pem-, peng-, dan penge- atau tetap pen- seperti
yang berikut:
Awalan | Keterangan | Contoh |
pe- | Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf l,m,n,ny,r,dan w. | pe.lancong, pe.menang, pe.nasihat, pe.nyanyi, pe.rompak, pe.warna |
pem- | Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf b dan f. | pem.basmi, pem.buru, pem.fitnah |
peng- | Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf a, e, i, o, u, g, h, dan kh. | peng.arah,peng.edar, peng.hibur, peng.ikut, peng.oleh, peng.ulas, peng.gali, peng.khianat |
penge- | Apabila bertemu dengan kata-kata yang terdiri daripada satu suku kata. | penge.bom, penge.cat, dan penge.lap |
pen- | Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf c, d, j, sy, dan z. | pen.curi, pen.datang, pen.jamin, pen.syarah, dan pen.ziarah |
Makna Awalan pen-
Awalan pen- mempunyai beberapa makna,iaitu:
(a) orang yang men...
pembunuh = orang yang membunuh
pengarang = orang yang mengarang
(b) orang yang suka atau selalu....
pendiam = orang yang suka/selalu diam
penidur = orang yang suka/selalu tidur
(c)orang yang bersifat....
peramah = orang yang bersifat ramah
penakut = orang yang bersifat takut
(d)alat atau sesuatu yang digunakan untuk men....
pembakar = alat untuk membakar
pemukul = alat untuk memukul
(e)sesuatu yang menyebabkan jadi....
pengdingin = sesuatu yang menyebabkan jadi dingin
pengasih = sesuatu yang menyebabkan jadi kasih
Disediakan oleh:
ONG CHAI LING